Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 29 November 2011

Family Day @Bukit Merah Laketown Resort






Pada 26 November yang lepas, kitaorg seramai 7 keluarga telah berpiknik di Bukit Merah Laketown Resort Perak. Kitaorang bertolak dari Seberang Jaya pada jam 9.45 pagi dan sampai di sana kira-kira jam 11 pagi setelah mengambil kunci homestay dari tuan rumah. Sewa 1 malam di homestay ialah RM 600.00 pada hari cuti sekolah dan cuti umum, manakala sewa semalam untuk hari bekerja ialah RM500.00

Setelah meletakkan barang-barang, kitaorg bersiap-siap untuk mandi manda di sana. Kitaorg amik pakej mandi manda di waterpark sahaja. Caj yang dikenakan ialah RM29.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk warga emas. Untuk kanak2 free of charge.

Klik sini untuk ke laman web 


Bagaimana untuk ke sana ?

Di lebuh raya PLUS, dari arah Utara mahupun Selatan, keluar susur ke Gunung Semanggol dan ikut papan tanda ke Bukit Merah Laketown Resort

Klik untuk melihat Peta untuk ke sana





Tiada ulasan:

Catat Ulasan