Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 13 Mei 2013

Kawasan Rehat dan Rawat/Hentian Sebelah ke Arah Selatan

Jarak Kawasan Rehat dan Rawat/Hentian Sebelah ke ARAH SELATAN dari Seberang Jaya, Pulau Pinang


RR Tapah


Dari Penang ke.....

Alor Pongsu - 44km Tiada stesen minyak


Gunung Semanggol - 59km Petronas.....

Taiping - 76km Tiada stesen minyak

Bukit Gantang - 91km Caltex 


Sungai Perak - 117km, Petronas


Simpang Pulai - 159km Petronas


Gua Tempurung - 171km Tiada stesen minyak


Tapah - 202km BHP dan Shell


Ladang Bikam - 218km Tiada stesen minyak


Behrang - 255km Tiada stesen minyak


Ulu Bernam - 272km Petronas


Rawang - 311km Tiada stesen minyak


Sg Buloh (Hospital) - 329km Tiada stesen minyak


Restoran Jejantas Sg Buloh - 333km Petron


USJ - 357km Caltex


Dengkil -373km Shell dan Petron


Seremban - 409km Shell dan Petronas








Perjalanan ke UiTM Cawangan Pahang, Bandar Tun Abdul Razak Jengka Pahang

9hb Mei 2013, Khamis 


Bandar Tun Razak Jengka

Latitude : 3.764034 North
Longitude : 102.546215 East


UiTM Cawangan Pahang, Bandar Tun Razak Jengka



Latitude : 3.756229 North
Longitude : 102.560710 East




- Bergerak dari Penang pada jam 8.30 pagi dan sampai di Hotel Issoria Bandar Tun Razak Jengka pada jam 3.30 petang

- Grid Perjalanan dari Pulau Pinang ke Bandar Tun Razak Jengka Pahang

  - PLUS - Tol Juru dan keluar di susur keluar Sg Buloh RM 41.70

  -melalui lalu MRR2 dan  terus ke Lebuhraya Karak Gombak RM 5.00
  - sampai Bentong bayar lagi RM 3.00
  - masuk Lebuhraya Pantai Timur- dari Karak dan keluar di susur keluar Chenor 
     RM  7.70
  - Keluar tol dan amik ke kanan dan terus ke Bandar Tun Razak Jengka. Kalau kiri nak pergi ke Temerloh, Kg. Awah, Chenor, Bera, Bahau, Gemas, Triang, Kemayan

Tol Juru ke Tol Sg Buloh = 312km

Tol Sg Buloh ke Tol Gombak melalui MRR2 = 18km
Tol Gombak ke Tol Chenor = 121km
Tol Chenor ke Bandar Tun Razak Jengka = 28km


                                                   Kredit gambar pada blog ini


- Anggaran jarak dari Penang ke Hotel Issoria, Bandar Tun Razak Jengka Pahang adalah lebih kurang 491km


- Anggaran jarak dari susur keluar dari Lebuhraya Pantai Timur ke Bandar Tun Razak Jengka adalah lebih kurang 28km. 


- Anggaran jarak dari Bandar Tun Razak Jengka ke Kuantan adalah lebih kurang 125km





Kredit gambar pada blog ini


10hb Mei 2013, Jumaat 
- Menghadiri seminar di UiTM Jengka Pahang, 8.15 pagi hingga 5.30 petang 

- Jarak antara Hotel Issoria dengan UiTM lebih kurang 2.7km


- Malam menginap di Hotel Suhaznik






                                                       Kredit gambar pada blog ini





Kredit gambar pada blog ini

Hotel Issoria, Lorong Jed 1 , Bilik Keluarga = RM118.00 / semalam ( sila semak dengan pihak Hotel untuk mengetahui harga yang sebenar )




11hb Mei 2013, Sabtu 
- Menghadiri seminar di UiTM Jengka Pahang

- Bergerak ke Gugusan Palong, Jempol

- Melalui Jalan Bera , Felda Sebertak dan tembus di Melati

- Anggaran jarak dari Bandar Tun Abdul Razak Jengka ke Gugusan Palong ialah 164km ( ikut Bera), 167km jika ikut Serting




12hb Mei 2013, Ahad 

- Bertolak dari Gugusan Palong jam 2.30 petang dan sampi di Penang jam 10.00 malam


- Anggaran jarak dari Gugusan Palong ke Penang ialah 520km






Bandar Tun Razak, Jengka ( sumber wikipedia)




Bandar Tun Razak atau dahulunya dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka atau Bandar Jengka merupakan sebuah bandar utama di Pahang, Malaysia. Bandar Pusat Jengka menjadi pusat kepada Segitiga Jengka atau dikenali sebagai Felda Jengka. Segitiga Jengka ialah sebuah gugusan terbesar FELDA di Malaysia, satu daripada projek kerajaan Malaysia ke atas penduduk Malaysia.


Pada 7 Julai 2011 semasa Hari Peneroka 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak menamakan semula Bandar Jengka sebagai Bandar Tun Abdul Razak Jengka, sempena memperingati jasa ayahandanya Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak yang merupakan pengasas FELDA


Sejarah Jengka


Jengka dibuka secara rasmi pada 1967. Dalam tempoh tiga dekad (1967-1997), Jengka ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Setelah LKWJ dibubarkan pada 1997, pentadbiran Jengka telah diserahkan kepada Majlis Daerah Maran (MDM) hingga ke hari ini.


Jengka ditubuhkan melalaui satu projek iaitu Segitiga Jengka oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Nama Segitiga Jengka digunakan dengan mengambil kira lokasi Jengka yang terletak diantara tiga daerah iaitu Temerloh, Maran dan Jerantut.

Terdapat 25 Felda yang menggunakan nama jengka iaitu Felda Jengka 1 hingga 25.


Destinasi-destinasi Menarik

Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25 merupakan kawasan hutan simpan yang memiliki pelbagai gua seperti Gua Jebak Puyuh dan Gua Terang Bulan. Kawasan gunung ini kaya dengan pelbagai khazanah flora dan fauna selain menawarkan pemandangan yang cukup indah.

Pengunjung juga boleh mengunjungi Felda Residence Tekam yang terletak di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR). Destinasi pelancongan ini menawarkan pelbagai kemudahan seperti dusun buah-buahan, tempat penginapan, kolam renang dan padang golf.


Selain itu, Gua Gelanggi yang terletak berhampiran Jengka 8 juga sangat menarik untuk dikunjungi.


Tempat Penginapan

Mercu View Resort, Bandar Jengka.
Felda Residence Tekam.
Homestay Felda Jengka 25.
Homestay Rumpun Makmur.
Hotel Suhaznik.
Rumah Tamu Dona Long
Hotel Issoria