Gambar hiasan sahaja |
Duti Setem ialah cukai yang dikenakan ke atas surat cara yang disenaraikan di
bawah Jadual Pertama Akta Setem 1949
Perkara yang perlu dilakukan untuk mengelakkan sebarang masalah:
Ni untuk dokumen kontrak yang guna PAM Form 2006,
1) ada baiknya pergi ke pejabat LHDN terlebih dahulu untuk confirmkan berapa nilai duti setem yang akan dikenakan sebelum sediakan banker cheque . Dibayar atas nama PEMUNGUT DUTI SETEM. Pengiraan untuk nilai duti setem = 0.10% x Harga Kontrak. Sekiranya amaun di banker cek tidak sama, pegawai tidak akan proses dan minta kemukakan cek dengan amaun yang betul.
Contoh:
Harga Kontrak = RM 221,016.25
Pengiraan = 0.1% x 221,016.25 = RM 221.02
Contoh:
Harga Kontrak = RM 221,016.25
Pengiraan = 0.1% x 221,016.25 = RM 221.02
Duti yang dikenakan = RM 222.00
2) pastikan ruangan tandatangan di tandatangani oleh Klien dan juga Kontraktor serta saksi
3) pastikan cop syarikat kedua-dua pihak di cop di situ, supaya tahu siapa di pihak pertama dan pihak kedua. Jika tidak dicop, dokumen tidak akan diproses.
4) pastikan dokumen disetemkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh perjanjian. Sekiranya ia tidak disetemkan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti yang boleh dikenakan adalah seperti berikut;
-
RM25.00 atau 5% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas masa untuk penyeteman;
-
RM50.00 atau 10% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas tempoh 3 bulan tetapi tidak lewat daripada 6 bulan selepas masa untuk penyeteman;
-
RM100.00 atau 20% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas 6 bulan selepas masa untuk penyeteman;
Sekadar gambar hiasan : E stampingRujuk : http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=5&posi=1&unit=1&sequ=4
Maaf, tak tepat cara pengiraan duti setem tu. Yg betul ialah Rm5 bagi setiap Rm1000. Jadi multiplier nya 0.005 dan bukannya 0.1% atau 0.001
BalasPadamUntuk makluman, pengiraan duti setem yg saya berikan contoh seperti di atas adalah untuk perjanjian kontrak pembinaan sektor swasta antara pemaju dan kontraktor ( 1st tier)
PadamSecond tier flat rate RM50
Betul ke 0.005 ? Maksudnya kalau kontrak bernilai RM1,000,000 kena bayar duti setem rm5k ??
BalasPadamMohon tuan/puan rujuk LHDN
PadamNAK TANYE..BENDA NI BOLEH BUAT SECARA ONLINE X?
BalasPadamMohon tuan rujuk LHDN
Padammasih sama lagi ke cara pengiraan tu ?
BalasPadamye masih sama syg~~
PadamBerapa lama pengurusan "stamping"utk dokumen dr LPPSA diambil?
BalasPadamJIKA STAMPING GENARAL CONTRACT MACAMANER YA. CALL LHDN TAK PERNAH MENJAWAB
BalasPadamNak tanya sikit...
BalasPadamRumah mak saya di pindah nama atas kasih sayang dan saya di bayar duti 50%...
Bila saya membeli rumah saya sendiri saya tidak layak untuk dapat pengecualian ke??
Tak layak. Pengecualian tu sekali saja. Walaupun rumah first tu dpt dsbbkn hibah
PadamContohnya wktu dpt first house tu, Puan tk guna pengecualian tu, wktu beli 2nd house still tk boleh guna jgk sbb first house shj layk dpt pngecualian.
BalasPadamKalau untuk lesen agreement, boleh guna calculation yang sama?
BalasPadam"5% daripada duti yang berkurangan"
BalasPadamApa makna duti yang berkurangan? Boleh bagi contoh. Saya kurang faham.
Terima kasih