Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 23 November 2011

Kenduri kahwin di Singapura



Pada 19 November 2011,Sabtu kami sekeluarga seramai 6 orang telah menghadiri majlis perkahwinan anak kepada pakcik wife aku di sana. Kami berlepas dari lapangan terbang Bayan Lepas pada jam 10 pagi dan sampai di Lapangan Terbang Changi pada jam 11 pagi. Kami telah tinggal di rumah makcik kepada wife aku di Tampines Street. Kitaorang dijemput menjamu hidangan dulu sebelum menghadiri upacara akad nikah dan antara lauk pauk yang dihidangkan ialah nasi putih, begedil, telur masin, lauk ayam dan sebagainya.

Lebih kurang tengahari, kami dan semua rombongan pengantin lelaki bersiap-siap untuk pergi ke rumah pengantin perempuan dengan menaiki bas yang telah disewa. Kitaorang membawa semua barang hantaran dan kitaorang sampai di rumah pengantin perempuan kira-kira jam 2.30 petang.


Majlis dimulakan dengan akad nikah dirumah pengantin perempuan pada jam 3 petang dengan sekali lafaz. Sejurus selepas akad nikah, hujan pun turun dengan lebatnya hingga ke petang. Acara diteruskan dengan acara menepung tawar, menjamu selera dan sesi bergambar. Majlis selesai kira-kira jam 5 petang.

Majlis pihak lelaki pula diadakan pada esoknya, 20 November 2011, Ahad dan selesai kira-kira jam 5 petang. Kedua mempelai diarak dengan menaiki kereta mahal sehingga ke tempat pelamin.

Kami bertolak pulang ke tanah air pada jam 2 petang dan sampai di lapangan terbang Bayan Lepas pada jam 3 petang. Telur masin yang diberi oleh makcik kpd wife aku gagal melepasi pemeriksaan Kastam dan telah dirampas semuanya oleh Pegawai Kastam untuk dilupuskan . Telur adalah salah satu barang yang dilarang dibawa keluar atau dibawa masuk ke Malaysia dan dendanya ialah RM5000. Kami telah diberi nasihat supaya tidak membawa lagi barang-barang yang dilarang.

Untuk pengetahuan anda, no plat kereta di Singapura seperti gambar diatas membawa maksud kereta persendirian yang dibenarkan berada dijalan raya pada hari sabtu dan ahad serta cuti am. Ia juga tidak dibenarkan berada di jalan raya bermula jam 7 pagi hingga 7 malam tetapi boleh keluar bebas selepas jam 7 malam hingga 7 pagi. Jika pemilik kenderaan ingin berada di jalan raya pada selepas 7 pagi, pemilik kereta dikehendaki membeli kupon dengan harga $20 dollar. (RM48.80). Cukai jalannya pun murah berbanding kereta persendirian yang mempunyai plat warna hitam. Kebanyakkan kereta di Singapura menggunakan plat warna hitam.

Aku ada tertengok iklan mencari rumah sewa yang ditampal dekat dinding apartment...sewa untuk 3 bilik + 1 hall boleh mencecah $3,000 sebulan (RM7,320)...fikirlah sendiri harganya...







Tiada ulasan:

Catat Ulasan