Sekadar ingin berkongsi pengalaman memohon Passport di Pejabat Imigresen Seberang Jaya, Pula Pinang pada 12 November 2011....Apa yang anda perlu buat...
Sebelum datang...
1) Download borang kat laman web Imigresen dan isi sendiri..pegi ke alamat ni http://www.imi.gov.my/index.php?option=com_docman&Itemid=41&lang=bm......kena cetak depan belakang pakai sekeping kertas A4.....better siap2 isi sebelum datang..smpi teros berator jer..senang...
2 Pegila kedai gambo...amik gambar 2 keping..selalu kedai buat 4 keping..harga RM12.00 (area Penang la)..sape pakai cermin mata..kena bukak...
3) Fotostat IC anda depan belakang (akan dibagi balik)
Masa nak mohon
1) Datanglah seawal pagi. Kalau pejabat tu bukak pukul 8.00am pagi,...pastikan anda dah terpacak jam 7.30 pagi depan pintu masuk..lagi awal lagi bagus..anda pasti dapat no. giliran 1001.. Macam Pejabat Imigresen Seberang Jaya bukak Sabtu dan Ahad, 8.00 pagi sampai 1.00 ptg...so senanglah bagi org bekerja Isnin smpi jumaat..tak payah amik cuti..
2) Beratur amik no giliran..jgn pulak berebut-rebut.. Pastikan borang dah diisi, keluarkan kad pengenalan, sertakan gambar 2 keping, salinan IC dan passport lama jika ada.
3) Dah amik no.giliran..tolonglah duduk dulu sehingga nombor anda dipanggil..jgn kacau pegawai imegresen pulak haha..kesabaran anda diperlukan...saper dpt nombor awal tu..jgn lah keluar pegi minum kt kedai kopi..nanti terlepas pulak
4) Bila dah panggil jgn buat tak dengar pulak..bagi semua dokumen kat pegawai..dia akan tanya nak buat 2 tahun ke 5 tahun...nak renew pun boleh..kena tanya harga...dia akan scan IC anda dan scan ibu jari kanan dan kiri..lepas tu cop jari kanan kat borang...pastikan IC anda x de masalah spt cip rosak atau sebagainya...
5) Dah abis 1st stage..pegi la duduk jap..nanti dia panggil lagi utk buat bayaran..kalau 2 tahun kena RM 100....5 tahun kena RM 300..kanak2 bawah 2 tahun..RM100 untuk 2 tahun..RM 150 utk 5 tahun..
6) Bila dah panggil..keluarkan ongkosnya..x lebih x kurang... dan jgn ler lupe amik IC atas kaunter...simpan resit utk nak amik passport nanti...naya kalau hilang..
7) Selalunya passport akan siap 1 jam..tp bergantung kepada sistem Imigresen..kdg2 boleh membawa kpd 3 jam..kalau mcm lama sikit tuh..balik la umah dulu..atau pg la mana2...pg taman burung ker...mcm kes aku..aku kena amik esoknya selepas jam 10 pagi...sistem ada problem sikit...lagi 1 passport kena amik dalam tempoh 3 bulan..kalau tak..ia akan dibatalkan dan anda x boleh mintak balik ongkosnya dari kerajaan.
8) Pastikan jgn ada dokumen tertinggal pulak..check semua sebelum balik...
Kos membuat passport
1) Passport 2 tahun = RM 100.00
2) Gambar = RM 12.00 ( 4 keping..yg nak 2 jer)
3) Fotostat IC = RM 0.20 sen
Semua RM 112.20
Bagi sesiapa yang malas beratur dan tak mahu tunggu..anda boleh juga memohon passport secara online..pegi la ke laman webnya..tapi bayar pakai kad kredit laa...pegila ke alamat ini ....https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport?action=welcome&lang=ms&type=26&module=passport
Study dulu cara-caranya..tanya kengkawan yg pernah buat ker...klau ragu2..better pergi ke pejabat teros..lagi selamat...jika ragu sila pulang..itu moto Komando
Peringatan
Sesiaper yg merancang nak pergi luar negara. pastikan tarikh yang anda nak melancong tu lebih 6 bulan sebelum tarikh tamat..kalau tak mungkin anda akan terkandas di Lapangan terbang...kerana passport hendaklah di renew 6 bulan sebelum tamat tempoh...
Contohnya
Tarikh tamat passport 1 April 2012
Tarikh nak pg keluar negara 1 Disember 2011
= Disember nak ke April..4 bulan...kurang 6 bulan, so anda kena buat buku baru..segala pertanyaan..taliponla Jabatan Imigresen yer...passport lama anda akan digunting
P/S Kalau dtg lambat tu..buat cara lambat...jgn ler mandai-mandai potong barisan..kang org marah...kalau menguap tu..tutup ler mulut tu yer..x manis dipandang dimata masyarakat..
13.11.2011 - aku dah pegi amik passport..tak payah beratur pun...terus meluru dgn cergas di Kaunter 1..tunjuk resit..tandatangan dan segera beredar dari situ...
Sekian
12.11.2011
Nak tanya.kalau sy sudah ada passport lama yg dah expired tapi dtg ke kaunter nk buat yg baru.kne isi borang jgak kn..kne watpe ye?
BalasPadammaaf lambat sangat balas...setahu saya kalau dah expired kena buat yang baru...passport lama kena serah kepada Imegresen
Padam