Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 20 Mac 2013

Penyeteman dokumen kontrak

Gambar hiasan sahaja

Duti Setem ialah cukai yang dikenakan ke atas surat cara yang disenaraikan di
bawah Jadual Pertama Akta Setem 1949



Perkara yang perlu dilakukan untuk mengelakkan sebarang masalah:

Ni untuk dokumen kontrak yang guna PAM Form 2006,

1) ada baiknya pergi ke pejabat LHDN terlebih dahulu untuk confirmkan berapa nilai duti setem yang akan dikenakan sebelum sediakan banker cheque . Dibayar atas nama PEMUNGUT DUTI SETEM. Pengiraan untuk nilai duti setem = 0.10% x Harga Kontrak. Sekiranya amaun di banker cek tidak sama, pegawai tidak akan proses dan minta kemukakan cek dengan amaun yang betul.

Contoh:
Harga Kontrak = RM 221,016.25
Pengiraan = 0.1% x 221,016.25 = RM 221.02 
Duti yang dikenakan = RM 222.00

2) pastikan ruangan tandatangan di tandatangani oleh Klien dan juga Kontraktor serta saksi

3) pastikan cop syarikat kedua-dua pihak di cop di situ, supaya tahu siapa di pihak pertama dan pihak kedua. Jika tidak dicop, dokumen tidak akan diproses.

4) pastikan dokumen disetemkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh perjanjian. Sekiranya ia tidak disetemkan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti yang boleh dikenakan adalah seperti berikut;
  1. RM25.00 atau 5% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas masa untuk penyeteman;
  2. RM50.00 atau 10% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas tempoh 3 bulan tetapi tidak lewat daripada 6 bulan selepas masa untuk penyeteman;
  3. RM100.00 atau 20% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas 6 bulan selepas masa untuk penyeteman;


    Sekadar gambar hiasan : E stamping

    Rujuk : http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=5&posi=1&unit=1&sequ=4