Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 13 Februari 2011

Majlis Perkahwinan di Kg Bawah Gunung, Baling Kedah


Sekadar gambar hiasan


Lokasi rumah pengantin perempuan


Semalam 12 Februari 2011 kami sekeluarga telah menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki kepada jiran kami di kampung di Kg Bawah Gunung Baling Kedah. Perjalanan dari Seberang Jaya ke sana adalah kira - kira sejauh 87km melalui Lebuhraya Butterworth Kulim. Kami sampai di sana kira-kira jam 12.30 tengahari. Cuaca ketika itu boleh dikatakan panas terik sehingga rumah sebelah mengalirkan air di bumbung rumahnya utk menyejukkan suasana dalam rumah.

Siling rumah disekitar kawasan itu boleh dikatakan rendah kira-kira 7 kaki dari aras lantai. Ini akan menyebabkan haba dari cahaya matahari mudah mengalir dan seterusnya menyebabkan suasana dalam rumah menjadi panas. Suhu haba dalam rumah boleh diminimakan sekiranya penduduk menggunakan atap genting.

Majlis bermula pada jam 12pm, di mana ramai jemputan mula membanjiri dan datang ke rumah pengantin perempuan untuk menjamu selera. Kami sebagai wakil pengantin lelaki mula berarak selepas zohor ke rumah pengantin sambil membawa hantaran pengantin perempuan. Acara dimulai dengan makan beradab dan seterusnya duduk dipelamin.Sesi bergambar bermula. Lain tempat lain gayanya.. tidak seperti di kampung kami, pengantin akan diarak sambil ada paluan kompang dan gendang dan persembahan aksi persilatan di hadapan pengantin. Di setengah tempat wakil pengantin lelaki akan melalui "tol" yg dikenakan oleh wakil pengantin perempuan.. sesi berpantun dan sebagainya. Tidak kira bagaimana cara yang diadakan, yang paling penting ialah majlis telah selamat berlangsung dengan baik dan lancar. Alhamdulillah

Sebelum pulang, kami dijamu oleh keluarga pengantin perempuan dgn makan dan minum ringan kira-kira jam 6.15pm. Hidangan kuih muih dan air kopi yg pekat dihidangkan. Dalam jam 7 malam, kami meninggalkan perkarangan rumah pengantin perempuan dan hujan mula turun dgn lebatnya. Sepanjang perjalanan pulang, hujan turun dengan lebatnya. Kami sampai dirumah jam 9 malam kerana sebelum itu kami singgah ke Tesco .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan