Tajuknya adalah takkabur,antara jenis takkabur ialah takabur kerana kecantikan, kekuatan , kuasa dan pangkat.
Takabbur Kecantikan
Cara untuk tidak takabur ialah dengan meneliti hati kita bahawa manusia itu dijadikan daripada tanah. Pelbagai kotoran yang ada di dalam tubuh kita dan bagaimana manusia boleh mempunyai sifat takabur kerana kecantikan yang dianugerahi oleh Allah. maka kita hendaklah sentiasa bersyukur kepadaNya kerana kejadian manusia itu sendiri dijadikan oleh Allah.
Takabbur Kekuatan
Kekuatan yang ada akan lemah andai kita diserang penyakit dan menjadikan kita lemah dan tidak dapat melakukan apa-apa kerja. Sesungguhnya, makhluk Allah yang lain seperti gajah atau badak yang kuat sentiasa menyebut nama Allah.
Takabbur Kuasa dan Pangkat
Ambillah pengajaran dan iktibar dari kisah manusia yang bernama Namrud, seorang raja yang zalim ,telah ditumbangkan dengan izin Allah dengan seekor nyamuk yang masuk ke dalam telinganya. Dikatakan Namrud berkeadaan begitu selama 40 hari.Tidak perlu bala tentera yg besar untuk menewaskan namrud, malah hanya memadai dengan tentera Allah iaitu seekor nyamuk.
Begitu juga dengan kisah Firaun yang mempunyai kuasa, kekayaan dan harta berlimpah ruah. Dikisahkan Firaun tidak pernah mendapat sakit. Firaun juga manusia biasa dan kerana takabbur dia telah mengaku sebagai tuhan. Amat mudah bagi Allah untuk menumbangkannya, hanya air laut..air yang tidak boleh berkata-kata..dan dengan izin Allah, maka Firaun dan bala tenteranya telah ditenggelami oleh laut kerana ketakkaburannya semasa mengejar Nabi Musa a.s
Iblis, asalnya mahkluk Allah yang bernama Azazil yang taat beribadah kepada Allah, sehingga malaikat2 meminta kepadanya supaya berdoa kepada Allah agar mendoakan kesejahteraan mereka, tetapi kerana Iblis takabbur kerana dia dijadikan dari api dan tidak mahu sujud kepada Nabi Adam a.s, maka Iblis telah dilaknat oleh Allah sehingga hari kiamat dan akan menjadi penghuni api neraka selamanya. Iblis telah diberi kebenaran untuk menyesatkan anak-anak Adam sehingga hari kiamat.
Dan banyak kisah lain yang boleh dijadikan pengajaran seperti kisah Hamman dan Qarun.
Pengajaran
Manusia adalah salah satu makhluk yang dijadikan oleh Allah dengan tanah yang hina dina dan amat kerdil kita disisi Allah . Maka hendaklah kita merenung asal usul kejadian manusia itu sendiri dan sentiasalah kita bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan kepada kita. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Mengetahui. Segala rezeki yang kita dapatseperti anak, pekerjaan, rumah, harta benda dan sebagainya janganlah sesekali kita tidak bersyukur. Jadikan kisah Nabi Ayub a.s seorang nabi Allah yang sabar sebagai pengajaran yang telah menerima ujian Allah semasa senang dan susah.
Allah SWT berfirman dalam QS. Al-A’raf ayat 40.
“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk syurga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan.” (QS. Al-A’raf: 40).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan