Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 15 Julai 2014

Pengalaman menghadiri temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran DH41/DH29 (Pegawai Pendidikan Tinggi Politeknik/Kolej Komuniti)




Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Berpuasa


Sekadar ingin berkongsi pengalaman den menghadiri temuduga di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) yang telah dihadiri pada hari Isnin, 14hb Julai 2014 bersamaan 16 Ramadan 1435H di Aras 1, Blok B3, Kompleks JPM Putrajaya


Senarai Panel Penemuduga time den hari tu :-

1) Wakil Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
2) Wakil dari Jabatan Pengajian Politeknik

DH41 adalah untuk calon pemegang Ijazah Sarjana Muda

DH29 adalah untuk calon pemegang Diploma

______________________________________________________________________


Persediaan sebelum menghadiri temuduga

1. Pastikan tarikh temuduga, masa dan tempat temuduga ( buat survey sekiranya anda kurang pasti lokasi temuduga..carian google map etc )

2. Sediakan sekeping gambar passport yang terkini
3. Sediakan dokumen dan menyusun dokumen mengikut urutan seperti yang dinyatakan dalam surat panggilan temuduga

Susunan dokumen sijil-sijil Asal diletakkan dalam clear folder:-

Kad pengenalan,
Sijil Lahir/Surat Beranak,
Sijil Pelajaran Malaysia SPM,
Sijil Ijazah Sarjana Muda (Bahasa Melayu sahaja),
Transkrip Ijazah,
Sijil Diploma (Bahasa Melayu sahaja),
Transkrip Diploma,
Sijil Penyertaan/Penghargaan ( Contohnya Sijil Penyertaan Badan Pengakap masa sekolah dulu, Sijil Hadir Seminar/Kursus dan sebagainya)

Sesiapa yang mempunyai Sijil Ijazah selain dari Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris...contohnya anda dapat Degree dari Rusia...di mana Degree anda dicetak dalam Bahasa Rusia...maka ianya hendaklah diterjemahkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)..dahulu dikenali sebagai Institut Terjemahan Negara Malaysia...sertakan sekali terjemahan dalam susunan sijil2


Buat satu salinan semua sijil tersebut dan susun sama seperti susunan Sijil Asal. Pastikan semua helai salinan hendaklah DISAHKAN oleh pegawai-pegawai yang diberi kuasa untuk mengesahkan dokumen.


Sijil PMR tidak diperlukan


4. Isi borang maklumat calon dan tampal sekeping gambar diruang yang disediakan

5. Isi senarai semak dokumen untuk memastikan semua dokumen yang diperlukan disediakan
6.. Melengkapkan diri dengan pengetahuan berkaitan isu-isu semasa, pengetahuan am dan lain-lain yang dirasakan perlu..

Antara perkara yang perlu diambil tahu sedikit sebanyak yang boleh dibuat sebagai rujukan :- ( ni pun den mencari dan merujuk kepada info-info dari blog/forum yang lain)


 - Isu-isu pendidikan yang pernah anda tahu..ini kena amik tahu
- NKRA... apa maksud N, K,R dan A...National Key Result Area ...dalam bahasa Melayu NKRA disebut apa? Bidang Keberhasilan Utama Negara ..nyatakan bidang dalam NKRA...senarai menteri yang ditugaskan untuk setiap NKRA...bila NKRA ini diperkenalkan...tujuan pelaksanaan NKRA....ini kena amik tahu
-Pelan Transformasi Pendidikan  ..ini kena amik tahu
- Nama Yang Dipertuan Agong Malaysia...
- Senarai nama bekas Perdana Menteri Malaysia...
- Nama - nama menteri, Menteri Besar / Ketua Menteri dengan menyebut gelaran yang betul....sbg contoh sahaja..Menteri MOSTI...salah kalau sebut YAB Datuk Ewon Ebin....
yang betulnya YB Datuk Dr. Ewon Ebin...Klik sini
Untuk makluman, YAB (Yang Amat Berhormat) hanya digunakan untuk Perdana Menteri , Timbalan PM, Menteri Besar dan Ketua Menteri sahaja, manakala YB (Yang Berhormat) adalah untuk Menteri/ Timbalan Menteri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) , YB Senator untuk Ahli Dewan Negara
- Nama penuh Menteri Belia dan Sukan sekarang...jawapannya...YB ENCIK KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR...panel temuduga memaklumkan kepada den dan rakan2 ..ramai jugak calon temuduga yang gagal memberikan nama penuh Menteri Belia dan Sukan tu...so panel temuduga menegaskan bahawa sebagai bakal pensyarah..kita sepatutnya tahu dan ambil tahu nama2 Menteri dan sebagainya...
- Nama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia..jawapan Ybhg. Datuk Dr. Khair Bin Mohamad Yusof dilantik pada 8hb Disember 2013...ini kena amik tahu
- Nama Ketua Setiausaha Kementerian  Pendidikan Malaysia I...jawapan Ybhg. Tan Sri Dr. Madinah Binti Mohamad ...KSU II Ybhg. Prof. Datuk Dr. Ir. Zaini Bin Ujang
- Nama Ketua Pengarah Jabatan Politeknik dan Ketua Pengarah Kolej Komuniti
- Visi dan Misi Politeknik
- Visi dan Misi Kolej Komuniti
- Jumlah Politeknik dan Kolej Komuniti yang telah beroperasi
- Kaedah pembelajaran yang akan digunakan oleh anda sebagai Pensyarah dalam usaha untuk memberi kefahaman kepada pelajar memandangkan  Kolej Komuniti lebih memfokuskan kepada aspek kemahiran kepada pelajarnya dalam menyediakan modal insan yang berilmu dan berkemahiran tinggi kepada negara Malaysia...
- Konsep 1Malaysia
- Rukun Negara
- Falsafah Pendidikan Negara
- Bajet 2015...intipati bajet?
- RMK 10 dan RMK 11...
- Tema Hari Kemerdekaan Malaysia 2014?? apa yang anda boleh huraikan...
- Kenapa kita perlu bangga menjadi anak Malaysia...
- GST 6% yang akan dilaksanakan pada 1hb April 2015 (tujuan, kebaikan dll)
- Apakah maksud "berfikir diluar kotak" seperti yang selalu disebut oleh Perdana Menteri setelah balik dari lawatan ke Negara China baru-baru ini??
- Huraikan bidang kokurikulum yang diceburi semasa di Tingkatan 5 dahulu dan apakah pencapaian tertinggi yang telah dicapai? wakil sekolah,wakil negeri dan sebagainya
- Pastikan anda ambil tahu berkaitan kegiatan kokurikulum yang anda ceburi..sebagai contoh jika dulu anda ceburi Persatuan Bulan Sabit Merah...anda perlu tahu perkara-perkara yang berkaitan dengan persatuan tersebut...boleh jadi panel akan bertanyakan kepada anda apa Visi dan Misi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia...boleh jadi Motto PBSM...
- Sekiranya anda ditemuduga dalam bidang pendawaian elektrik..anda perlu tahu maklumat berkaitan bidang anda,.kaitannya dengan pengalaman kerja dan sebagainya...begitulah sebaliknya jika ada memilih bidang sistem komputer, pastri, agroteknologi, bahasa Inggeris, penyenggaraaan bangunan dan sebagainya
- Topik pembangunan modal insan...maksud? kepentingan modal insan...
- Topik E-pembelajaran...kebaikan dan kelemahan E-pembelajaran
- Nama pengetua sekolah anda semasa anda di Tingkatan 5 dahulu ( soalan diluar jangka yang telah disoal )
-Kriteria yang diperlukan untuk menjadi Pensyarah...
- Lain - lain topik yang berkaitan dengan bidang yang anda ambil atau isu-isu semasa berkaitan dengan pendidikan..

Anda boleh rujuk mana-mana blog/forum individu yang mempunyai pengalaman hadir temuduga untuk mendapatkan maklumat yang lebih komprehensif dan terkini selain yang dinyatakan disini...


Hari temuduga


1. Sebaiknya anda tiba di balai pengawal pada jam 7.00 pagi...kemudian beratur secara tertib di balai pengawal untuk mengambil Pas masuk.. sediakan lesen memandu sebagai cagaran..tulis nombor pas, no talipon handset dan tandatangan


2. Pergi ke kawasan tempat kaunter urusetia berada. ..ikut signboard yang disediakan...kalau anda dapat Bilik No.10 ikut arah yang ditetapkan.....duduk dengan tenang dikerusi yang disediakan....pergi ke kaunter Urusetia apabila nama dipanggil....serahkan semua sijil asal (yang dalam clear folder tu) dan salinan sijil yang telah disahkan dan juga Kad Pengenalan untuk disemak oleh urusetia


3. Semak Nama Penuh anda, jenis Ijazah anda, Nama Universiti anda , nilai CPA pada borang yang disediakan dan turunkan tandatangan sekiranya betul...sekiranya ada pindaan..betulkan dengan pen merah..


4. Setelah sijil-sijil disemak...urusetia akan mencukupkan 5 orang calon untuk satu kumpulan untuk ditemuduga dalam bilik temuduga...masa time den hari tu...5 orang calon masuk sekaligus dalam bilik temuduga...time korang den tak pasti...mungkin samo, mungkin kurang or mungkin lebih...


5. Tanya dengan pegawai Urusetia berkenaan latarbelakang panel penemuduga samaada mereka mempunyai gelaran seperti Tan Sri, Datuk Seri, Dr, Datuk, Dato', Tuan Haji dan sebagainya.


6. Bila terdengar loceng ditekan...masuklah anda dan rakan-rakan dengan mengetuk pintu terlebih dahulu, memusing tombol pintu dan memberi salam kepada para panel...duduk hanya bila diarahkan oleh panel...lemparkan senyuman yang manis ..banyakkan baca doa semoga dimudahkan segala urusan...dilancarkan percakapan....dan selamat menjawab dengan soalan-soalan yang dikemukakan...jawab dengan tenang dan jelas ..berusaha sedaya upaya untuk menjawab soalan yang dikemukakan...jgn jadi macam den...den sendiri pun tak paham apo yg den cakapkan...neves punya pasal......ucapkan terima kasih setelah tamat temuduga....SELAMAT BERJAYA diucapkan kepada anda yang bakal menghadiri temuduga di SPP...


7. Tamat temuduga..terus pergi ke balai pengawal dan kembalikan semula pas lawatan dan amik semula lesen memandu anda yang dicagarkan tadi...dan balik ke rumah...    

                                                                                 
TAMMAT



Bahasa yang digunakan semasa temuduga?..Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris??

Masa time den dengan group den hari tu..dari awal sesi temuduga berjalan hinggalah ianya berakhir... soal jawab adalah menggunakan dalam Bahasa Melayu...namun anda boleh bersedia untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris...bergantung kepada panel tu.....kalau panel menyoal dalam Bahasa Inggeris..den berpendapat sebaiknya kita juga menjawab soalannya dalam Bahasa Inggeris juga..mungkin di situ ada markahnya...


Pakaian lelaki yang disyorkan


- Pakaian asas - kemeja + seluar + tali leher + kasut yang sesuai


- Namun digalakkan memakai blazer dengan name tag (name tag bersaiz 1 inci x 3 inci background warna hitam..tulisan warna putih..RM 6.00 )...kerana panel akan menyebut nama anda untuk menjawab soalan yang diberikan....so kalau anda pakai name tag...ini akan memudahkan panel penemuduga melihat name tag dan menyebut nama anda....


Etika pakaian temu duga lelaki dan wanita rujuk sini

_________________________________________________________________________

Paling penting...pastikan anda telah mengambil Kad Pengenalan anda sebelum meninggalkan tempat temuduga..

Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri..


Kos anggaran perbelanjaan sebagai rujukan sahaja...


sesiapa dari Penang...untuk yang pergi naik Bas, balik pulak naik kapal terbang...

1) Gambar passport 4 keping - RM 8.00

2) Fotostat sijil - RM 6.00 (sekeping RM 0.20)
3) Tiket bas Butterworth - Hentian Kajang - RM 38.00
4) Tambang teksi dari Hentian Kajang ke SPP, JPM - RM 30.00
5) Tambang teksi dari SPP, JPM ke KLIA2 - RM 50.00
6) Tambang AirAsia dari KLIA2 ke Bayan Lepas - RM 130.00

Campur makan dan minum adalah dalam RM 300.00


sesiapa dari Penang...pergi balik naik kereta sendiri...

1) Gambar passport 4 keping - RM 8.00
2) Fotostat sijil - RM 6.00 (sekeping RM 0.20)
3) Ongkos minyak kereta pergi balik - RM 160.00
4) Tol pergi balik - RM 96.40 ( Juru - Putrajaya)

Campur makan dan minum adalah dalam RM 300.00



 No.talipon teksi di Putrajaya - 03-8888 4000 
____________________________________________________________________


Bila Keputusan Temuduga boleh diketahui? 

Hubungi E-mail : pro@spp.gov.my


Sekian terima kasih...




                                                Bangunan SPP Putrajaya



130 ulasan:

  1. salam .. interview bidang apa ye ? sy interview 24 ni ,.. kat sabah .. nebes jgk .. :) semoga berjaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam..
      TQ..saya bidang penyenggaran bangunan..semoga sukses..

      Balas

      Padam
  2. saya pun iv 24hb ni. kat swk. dh41 (aisyahfm@yahoo.com)

    BalasPadam
  3. sama lah. sy pon penyelenggaraan bangunan ... tarima kasih .

    BalasPadam
    Balasan
    1. antara soalan yang telah ditanya kpd saya dan rakan2 ..mungkin tak sama..depend pada panel
      1) apa maksud penyelenggaran bangunan
      2) apa beza inspect dgn forensik dalam penyelenggaran bangunan..bg contoh
      3) apa beza emergency dgn ad-hoc dalam penyelenggaran bangunan..bg contoh
      4) apa dia penyenggaraan rutin dan berkala..bg contoh

      Wallahualam..

      Padam
  4. Iv pada tarikh...tmpat... & course yg sama dgn blogger.. Agak2.. Bile la ek tau rsult..berdebar..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo..katanya hr tu sebulan lepas IV...mgkin boleh kol SPP ....mudah-mudahan berjaya..

      Padam
    2. Today dah 14 ogos.. Semoga berjaya..

      Padam
    3. Saye ade call tu hari, katenye bulan 10 baru tahu result. Kemungkinan bulan 9 pun ada. Tapi lebih kat bulan 10. sob sob

      Padam
    4. Oo...ape pun tq atas info tu....

      Padam
    5. Lama nyaaa.... Penantian satu penyiksaan..pape pon thanks for info :)

      Padam
  5. tq..tgk kt laman web SPP..belom ada hebahan pasal result...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg tu hari interview ramai fresh grad atau dah keje??

      Padam
  6. Sy rasa kebykknnya semua dh keje...tp Ada jgk tgh study..

    BalasPadam
  7. saya pun interview 24 Julai dekat Putrajaya jugak, sama2 la kita tunggu keputusan oktober nie,

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum
    Nak tanya. macamana pemakaian bagi perempuan...
    say iv 19 sept ni...
    resume kena bawak x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam admin dan suhaini.. saya pun dapat iv jgk 19 sept ni.. bole x kita contact awk? ni email sy k.. just drop me an email nnt kita chatting bole? sy nebes.

      Padam
  9. Wksalam, pemakaian pakaian wanita bole rujuk di laman web suruhanjaya prkhidmatan awam SPA..resume tak perlu disertakan melainkan ia dinyatakan dlm surat panggilan..tq

    BalasPadam
  10. tq for the info... harap2 pun interview nnti dlm BM senang nak bercakap... tp kalau x study pun payoh jugak. Saya interview 15 Sept ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sya intrview 15Sept ni jugak...kt putrajaya. Utk Mekatronik...

      Padam
    2. Salam sis..nak tanya sis dapat bilik brapa? sy punya Interview 18hb ni. course mechatronics jugak..mintak share tips ye ..

      Padam
    3. Nk study pe mekatronik..otak dah beku..dah 5thn tgal..

      Padam
    4. Same la kiter...saya pon xtau nk jwb ape klu ditanya psl mekatronik.dh lama tggl n kje pon xde kaitan lgsg dgn mekatronik.hahah

      Padam
    5. @zulfa nawi: awk interview ble? semoga berjaya semua.. kalu ada tips pasal mekatronik mohon share2 la ye

      Padam
    6. SY PUN DPT INTERVIEW...18HB NI...BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT...XTAU NNT NAK JAWAB APA..

      Padam
    7. Salam shahila sy pon dapat iv dlm teknologi maklumat(pengaturcaraan).. 18sept ni..Boleh kita share2 info?..neves juga ni..heee ni email sy nurfatinnohadin@gmail.com.. btw thanks admin bnyk bg info pasal iv ni..:)

      Padam
  11. Sijil diploma saya hilang.huhu transkrip pon same.nk buat dh xsempat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xkol lg...saya interview 15sept ni.tp tkut sgt sbb doc xckup. degree pye ade

      Padam
    2. Pada pendapat saya..mungkin awak kena kol SPP maklumkan perkara tu...tgk apa cadangan penyelesaian dia

      Padam
    3. Ye ke? ok2, sya kol esk. Tq ye.huhu.btw, iv tu nnt in group ke individual ye?

      Padam
    4. Pada pendapat saya sekurang-kurangnya awak tahu cadangan penyelesaiannya untuk kes awak....mudah-mudahan dimudahkan segala urusan......sbb nanti kat kaunter sana.. urusetia akan menyemak semua sijil asal dan salinan sijil...masa time saya hari tu...SPP buat secara group...1 bilik temuduga 5 calon masuk sekali gus berdepan dengan panel...

      Padam
    5. Btul gk sya rsa, kna tlipon SPP dlu, at lease sya ley prepare backup action.
      IV dlm bhasa mlyu ke ?saya nebes sgt

      Padam
    6. saya tak berani nak cakap yg IV tu akan dibuat dalam bahasa melayu sepenuhnya atau tak?...depend pada panel...bg saya better bersedia sahaja....

      Padam
    7. nurliyana sy pon iv same dgn awak 15 sept....bg email o fon no...nnt bole contact...

      Padam
    8. awk email sya dlu k...ssh letak num fon dlm ni. nurlina.aimi@eceos.com

      Padam
  12. Salam...saya nak tanya pendapat. kalau kita tengah sambung master sewaktu dipanggil temuduga, perlu atau tak perlu kita bagitahu panel?

    Harap dapat berkongsi pendapat TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wksalam...masa saya hari tu..panel bertanya kepada saya dan rakan2 yang lain..apa yang sedang kita buat sekarang...so kita kena bagitahu dekat panel ..klu kita keje..kite bagitu keje kat mana...brape lama dh keje....keje bidang apa...klu sedang blajar lagi..bagitau kita belajar kt mana. amik kos apa...if tak silap saya ada jugk calon yang tgh smbung belajar dipanggil datang temuduga...

      Padam
  13. Salam. Terima kasih atas info. Saya dapat panggilan interview SPP 17 Sept ni utk bidang rekabentuk lestari/design for environment/eco design/green design. Agak blur kerana bidang yang saya ambil masa study dulu lebih kepada pengurusan dan bkn rekabentuk. Admin atau rakan2 boleh share pendapat ? Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wksalam..saya berpendapat saudari boleh mencari maklumat sebanyak mungkin berkaitan bidang yang akan ditemuduga...salah seorang panel biasanya akan lebih spesifik memberi soalan berkaitan dengan bidang kita ..Wallahualam

      Padam
    2. hi ainol, berjaya tak dalam iv, posting dekat mana

      Padam
  14. Assalam wrt. Tq for info yg diberi. Admin, tanya skit psl penampilan. lelaki kena shave misai n jggut ke? atau kemas je da ckup. hehe. maseyyy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wksalam...asal tampak kemas sudah memadai..namun tiada masalah kalau saudara hendak shave misai dan janggut..

      Padam
  15. sy pon iv 15 sep ni...dalam bidang mekanikal (automasi) sape2 yg same dgn sy minta no fon..email kt sy...nnt bole contact...izyandayana@hotmail.com....sy study dalam bidang kejuruteraan elektrik tapi dapat mekanikal..huhu...xtau nk study ape..

    BalasPadam
  16. saya IV 17 sep dalam bidang multimedia/seni visual...ada sapa2 x yg iv benda yg sama..? huiii nebess nih

    BalasPadam
  17. assalam, Lina awk sama bidang dgn saya..dan tarikh interview pun sama...huhu...cuak gak....

    BalasPadam
  18. Baru interview semalam. Ditanya ttg GST. Soalan ada bm, satu soalan ditanya dalam BI. Tapi interviewer muka je garang, tapi baik hati. Ditanya juga apa itu I.S, selamat mengikuti isu tersebut dan dapat jawab dengan baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah mudahan berjaya..insyaAllah...

      Padam
    2. Terima kasih, tapi sejujurnya saya tak mengharap.. Huhuhu... Kalau ada rezeki.. Ada la kan...

      Padam
    3. InsyaAllah..yang penting kita dah mencuba

      Padam
  19. Assalamualaikum...

    terima kasih untuk tips2 yang anda berikan...
    saya baru selesai iv semlam...
    bnyka soaln yng sama dengan awak..
    semalam saya dpt soalan siapa nama pengetua dan buku yang latest di baca...

    Entry anda sangat2 membantu.. saya doakan anda berjaya..hehehe..

    visiit my blog www.ciksuhaini.blogspot.com

    BalasPadam
  20. Wksalam...terima kasih..mudah mudahan awak pun berjaya...

    BalasPadam
  21. Awk intrvw Julai kn? Da kluar ke result?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup..setakat ni belum ada hebahan berkenaan keputusan

      Padam
    2. IV bulan Julai lalu rasenye boleh tggu surat, minggu ni atau lepas raya Qurban. Yg ni maybe baru result lulus, gagal, tau calon simpanan. Surat setuju terima dan penempatan tu rasenye perlu tunggu lgla jawabnye... huhuhuhu.. Nway, kepada yg success, congratulation!!!!

      Padam
    3. Result online bila blh check ye?

      Padam
    4. Seperti info yang diberikan oleh Simfoni, 30 Sept...calon yang IV pada Julai 2014 boleh menunggu surat keputusan temuduga...namun tak sure bagi mereka yang IV pada Ogos dan September..mungkin boleh menghubungi pihak SPP untuk mendapatkan maklumat lanjut..

      Padam
  22. wallahu a'lam, yg ni pun kalau semuanye ok katanye waktu sy call spp tu hari. Kalau ade semakan lg, alamat lambat lgla jawabnye. Tuk result online sy xtahu sbb tuk IV dh41 rasenye waktu panggilan IV pun mmg takde semakan online.
    Pepepun, tggu jelah hebahan di website spp, berdoalah byk2 semoga urusan pegawai spp cepat terlaksana dan kita terpilih.

    BalasPadam
  23. Terima kasih di atas info yang diberikan

    BalasPadam
  24. Maaf kepada rakan2 yg excited menunggu result. Kenapa result x kuar lg sy pun takde info, nak call spp pun dah rase segan. huhu..

    BalasPadam
  25. Salam.. Kpd sape2 yg nk tahu result interview Julai blh cl no ni.. 03-88717420.. Sy dah cl td, bg no ic dan dorang akan check.. Alhamdulillah sy berjaya.. Tahniah kpd yg berjaya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Nurul :) awak pensyarah subjek apa?

      Padam
    2. Building Maintenance. Awk pn iv Julai ke?

      Padam
    3. tahniah nurul .kos sama dgn saya .

      Padam
    4. Nurul, saya september punya iv. Bidang multimedia. Seronok dgr siapa yg berjaya dapat :)

      Padam
    5. Insyaallah sy doakan awak pn berjaya :)

      Padam
    6. Terima kasih ats info tersebut. Saya juga berjaya. Alhamdulillah ;)

      Padam
  26. Balasan
    1. dh . bru je kol jam 4 td. alhmdllh ,sy bjaya ... :) nurul ,nk fb awak boleh x ? sng contact .

      Padam
  27. Nurul , ni fb saya https://www.facebook.com/alinzs92

    BalasPadam
  28. Tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya :) mudah-mudahan urusan selanjutnya selepas ini dipermudahkan oleh Allah S.W.T

    BalasPadam
  29. ade yang bt semakan secara on9 x melalui portal spp??@ mmg kena kol spp?

    BalasPadam
  30. SALAM, NAK TANYA..SURAT RESULT IV MEMANG SEMUA CALON AKAN DAPAT KE EVEN DIA GAGAL DLM IV TERSEBUT??

    BalasPadam
  31. Wksalam, yup semua akan terima samaada berjaya atau tidak berjaya temuduga.

    Wallahualam

    BalasPadam
    Balasan
    1. SY IV BLN JULY DAN STILL XDPT SURAT DR SPP EITHER BERJAYA ATAU TAK BERJAYA.. SO KENA CALL SPP KE UTK TANYA RESULT?

      Padam
    2. haah, better call je spp. Bidang byk so, spp buat kelompok tuk bidang2 tertentu, ade bidang yg dah tahu result awal dan ade bidang yg lambat sikit, tggu mesyuarat lg.

      Padam
  32. Better call SPP ataupun boleh je check dekat laman web rasmi SPP by IC. Ini link spp:
    http://semakan.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga_view.php

    BalasPadam
  33. alhamdulillah iv saya lulus. 3 minggu lepas saya dapat call dari KPM untuk confirmkan alamat surat menyurat. 2 minggu lepas pula saya call SPP untuk kepastian yg saya diterima. orang tu cakap sekarang nie dalam proses KPM. agak -agak ya la kan. surat tu berapa lama baru sampai rumah? terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Better Faizura call dgn kadar sgera KPM, 3 mggu lepas dah ade yg terime surat. 18 hb ni lapor diri. Takut surat tu tak sampai. Haru la plak. Kat group FB update sket bab2 kalau ade sape2 yg dah terima surat. BTW Faizura kos ape ek??

      Padam
    2. Pembantu Pengurusan Murid N17. habis la kalau terlepas.

      Padam
    3. Simfoni, apa nama group fb ye utk temuduga spp?

      Padam
    4. Faizura - call je dik, xyah tggu2. tak rugi ape pun. cume mgkin kredit habis cepatla sbb confirmed staff passing2 fon tu nnt haha.
      nurul - pegawai pendidikan pengajian dh41 :)

      Padam
    5. Tq so much simfoni ��������

      Padam
    6. faizura :ada tak no phone dari kpm tu, sy diorang call tp x sempat nak angkat, just tinggal voice mail suruh call kpm balik,, masalahnya diorang call guna nombor phone umum, 88846000, bila saya call balik dia machine jawab suh call 80008000, n bila operator jwb diorang tak boleh nak tolong sbb x thu dari unit mana yang call.. dah 2 minggu tp kpm masih x call saya semula.

      Padam
  34. Tahniah y berjaya :) Result utk iv sept dah bole cll spp ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya awal or pertengahan bulan 12 kot baru boleh call spp bg iv sesi september. Sebab july punya result pun 2 bulan selepas iv baru dapat tahu...

      Padam
    2. Doakan kita semua berjaya dalam IV tu.. Aameen... :-)

      Padam
    3. Insya Allah Ifwat dan rakan2 lain. Amin :D

      Padam
    4. dah bleh kol untuk iv bulan9 ada certain bidang dah keluar result die

      Padam
    5. Aini, awak course apa? Boleh saya tahu?

      Padam
    6. bidang entrepreneurship...kalau bidang entrepreneurship call spp yg pasti dah boleh tau results.. untuk bidang lain boleh try call tnya

      Padam
    7. ya , ada certain bdg IV Sep dah bole tau result, yg ni sekali dgn certain bdg IV bln July yg belum dpt surat lg sprti bdg aircond. bg penempatan tuk kumpulan ni dikhabarkan akan lapor diri tahun depan bln jan. so, bg yg blm dpt result tu, bersabarlah. sy bg info atleast kite x stress sgt nak tggu result ke, bile lapor diri ke n so on. bykkan berdoa, semoga dipermudahkan segala urusan.

      Padam
  35. Salam, blh sy dptkan mklumat bgaimana proses tuk mohon mjd pnsyarah politeknik. Hrp dpt mbntu.
    Email sy :chenta_181289@yahoo.com

    BalasPadam
  36. salam. pada 2.12 ni saya ada interview gred dh29. saya punya interview tu secara lisan dan amali. ada tips tak macam mana? saya dapat bidang terapi kecantikan dan spa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wksalam..
      1) study pasal isu-isu semasa dan pengetahuan am
      2) study pasal bidang yg diambil secara teorinya
      3) berlatih sehabis baik buat praktikal (amali)

      Wallahualam

      Padam
  37. salam.ade sape2 x kt sini yg dpt interview DH41 utk bidang teknologi maklumat (teknologi permainan)..:P

    BalasPadam
  38. Entri yang bagus untuk panduan. Berdebar betul temuduga SPP ni, alhamdulillah lulus dengan baik..terima kasih atas perkongsian. :-)

    BalasPadam
  39. result pembantu makmal xkuar2 lg ni.. mcm mana ye?? sy iv bln 8 lg

    BalasPadam
  40. Aslmlkm..mohon bantuan rakan2 yg da bjya. sy da bt pmhnan kat jobs...da lama.tp xpernah dpanggil.sy pelik adkh sy xdpggil kerana tiada kksgn utk bidang sy?ataupon sy tslh isi borg?mohon bantu.

    BalasPadam
  41. Assalam...ada x siapa2 yg interview bln9 bidng multimedia yg dah dpt tahu keputusan

    BalasPadam
  42. Wasalam, saya call spp selasa lepas. Mereka kata 8/12 baru akan masuk meeting utk result bidang seterusnya. Seminggu selepas spp meeting baru akan dikeluarkan result. Saya pun multimedia iv sept

    BalasPadam
  43. ooo br nak masuk meeting ya...Lambat lagi lah resultnya..Last week sy dptta call daripd spp minta send CV..sy x tanya pun napa...sy email je...Doa bebyk2 semoga dapat...

    BalasPadam
  44. Mungkin x lengkap kot rasa dah bg dah masa iv...sama2 kita doa ya..nurul interview kat mn?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya interview di spp putrajaya 17/9. :) insya allah mudah mudahan rezeki kita semua untuk DH41 :)

      Padam
    2. Marwafa, awak dah call spp? Mcm mana keputusan?

      Padam
  45. x dapat call pun...nurul dapat ke? ada kawan sy dah dapat surat....huhuh...dia call ke? ke kita kena call dia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan spp call, tapi kita kena call spp, :). Sbb result multimedia dah keluar 15/12 hari tu. Ni number spp 03 8871 7420

      Padam
  46. ooo ya ke....dah lama luar rupanya...ok isnin sy try call..tq ya nurul...awk dapat tak?

    BalasPadam
  47. Hehehe. Yup nanty awak call bg nama and ic spp akan check kan. Alhamdulilah saya berjaya interview. :)

    BalasPadam
  48. Best nya.. X tau lah klu ada rezeki insya Allah..Nurul awk dpt mn? Bila register..

    BalasPadam
  49. ALHAMDULILLAH NURUL SY BERJAYA....TAPI X TAU DAPAT MANA..PN TU CKP TUNGGU SURAT....

    BalasPadam
  50. Alhamdulilah syukur. Awak follow la group pegawai pengajian tinggi dh41 dekat facebook. Setakat ni kita 2 je yg saya tahu, hope ada ramai lagi kawan2 yg dapat sama. Yup, saya call KPM ttg surat lapor diri, beliau kata sebulan sebelum posting akan dapat. Either hujung bulan 12 ini ataupun januari tahun depan :)

    BalasPadam
  51. nk tnya..yg dah dpt keputusan ni klau semak dekat portal spp kluar x kptusan nye?@ mmg kena kol spp tny sndri?

    i/v 18/9 ari tu..bhgian e-dagang..

    BalasPadam
  52. PPKI SK PULAI- AWAK KENA CALL SPP . Ni number spp 03 8871 7420..BG IC DAN NAMA..NANTI DIA BG TAU BERJAYA KE TIDAK....

    NURUL ADA FB TAK...BLEH SY ADD...NANTI LEH TEXT....

    BalasPadam
  53. Hi all, ada sesiapa dari bidang rekabentuk lestari ke iv bulan 9

    BalasPadam
  54. selamat pagi,nak tanya...bila keputusan temuduga untuk iv bulan disember akan keluar?

    BalasPadam
  55. Kalau blh sy tahu..admin dh ada pgalaman mgajar ke bfore iv tu..or fresh grad?

    BalasPadam
  56. Adakah sesiapa temuduga dalam bidang elektronik atau apa2 sahaj bidang kejuruteraan nak menjadi pensyarah politeknik? itu bagaimana dengan temuduga?

    BalasPadam