Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 1 Julai 2009

Hari Keluarga JTMSK


Pada 27 Jun 2009 yang lepas, Jabatan Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif (JTMSK) UiTMPP telah menganjurkan Hari Keluarga Jabatan bertempat di Ancasa Resort, Pulau Jerejak Pulau Pinang. Semua staff dan keluarga masing-masing lengkap dengan baju hari keluarga berkumpul di UiTM sebelum bergerak ke jeti dalam pukul 8.00 pagi menggunakan bas dan juga ada yang berkereta sendiri. Kebetulan pada hari tersebut, suasana di UiTMPP agak sibuk kerana sesi pendaftaran pelajar baru di kampus.



Perjalanan dari kampus ke jeti mengambil masa lebih kurang 30 minit dan semua warga Jabatan dan keluarga menunggu bot sebelum ke pulau jerejak. Kira-kira jam 9 lebih, bot telah tiba sedia mengambil penumpang untuk menuju ke Pulau Jerejak. Dalam 15 minit ke 20 minit, barulah bot tiba di jeti Pulau Jerejak dengan anggaran 2.5km atau 1.57 batu.Jarak terdekat antara jeti Pulau Jerejak dengan Pulau Pinang adalah dalam anggaran 860 meter.

Acara dimulakan dengan sarapan pagi di disebelah dewan dengan dihidangi dengan meehun, sandwich dan minuman panas. Selesai sahaja sarapan, semua warga Jabatan dan keluarga diminta masuk ke dewan di mana ada sesi ucapan dari penganjur dan seterusnya majlis perasmian dilaksanakan. Sebelum itu, pendaftaran untuk permainan sukaneka telah dibuka untuk 3 kategori iaitu lelaki, wanita dan kanak-kanak . Permainan untuk golongan lelaki yang ditawarkan ialah lumba bawa bola pingpong dalam mulut, lumba berjalan macam gorilla dan boling guna buah kelapa dengan 6 pin pada jarak anggaran 10 meter.

Manakala permainan untuk golongan wanita ialah lumba bawa bola pingpong, mengisi air dalam botol menggunakan span dan mengumpul belon berisi air yang terbanyak. Sementara itu, permainan untuk golongan kanak-kanak ialah lumba membawa bola pingpong ditangan, mengumpul belon berisi air yang terbanyak dan mencari gula-gula.
Acara berakhir dengan permainan kerusi beracun yang dimulakan dengan kanak-kanak dan diakhiri dengan golongan lelaki dewasa. Dalam tengahari, permainan sukaneka tamat dan semua warga Jabatan dan keluarga menuju ke tempat makan untuk santap makan tengahari. Pelbagai hidangan yang menyelerakan telah disediakan antaranya nasi berlauk, koktail, buah buahan dan sebagainya.

Selesai makan tengahari, semua warga Jabatan dan keluarga melakukan aktiviti bebas, dan bagi warga Jabatan yang memilih untuk bermalam di Pulau Jerejak telah diberikan kunci bilik, dan yang memilih tidak bermalam pulang ke rumah masing-masing.

Pada malamnya, acara diteruskan dengan makan malam dengan pelbagai hidangan yang disajikan, antaranya ialah nasi berlauk, BBQ, ABC dan sebagainya. Sambil menyuap hidangan, semua warga Jabatan dan keluarga serta pelancong lain dihiburkan dengan nyanyian dan juga tarian poco-poco.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan