9hb Mei 2013, Khamis
Bandar Tun Razak Jengka
Latitude : 3.764034 North
Longitude : 102.546215 East
UiTM Cawangan Pahang, Bandar Tun Razak Jengka
Latitude : 3.756229 North
Longitude : 102.560710 East
- Bergerak dari Penang pada jam 8.30 pagi dan sampai di Hotel Issoria Bandar Tun Razak Jengka pada jam 3.30 petang
- Grid Perjalanan dari Pulau Pinang ke Bandar Tun Razak Jengka Pahang
- PLUS - Tol Juru dan keluar di susur keluar Sg Buloh RM 41.70
-melalui lalu MRR2 dan terus ke Lebuhraya Karak Gombak RM 5.00
- sampai Bentong bayar lagi RM 3.00
- masuk Lebuhraya Pantai Timur- dari Karak dan keluar di susur keluar Chenor
RM 7.70
- Keluar tol dan amik ke kanan dan terus ke Bandar Tun Razak Jengka. Kalau kiri nak pergi ke Temerloh, Kg. Awah, Chenor, Bera, Bahau, Gemas, Triang, Kemayan
Tol Juru ke Tol Sg Buloh = 312km
Tol Sg Buloh ke Tol Gombak melalui MRR2 = 18km
Tol Gombak ke Tol Chenor = 121km
Tol Chenor ke Bandar Tun Razak Jengka = 28km
Kredit gambar pada blog ini
- Anggaran jarak dari Penang ke Hotel Issoria, Bandar Tun Razak Jengka Pahang adalah lebih kurang 491km
- Anggaran jarak dari susur keluar dari Lebuhraya Pantai Timur ke Bandar Tun Razak Jengka adalah lebih kurang 28km.
- Anggaran jarak dari Bandar Tun Razak Jengka ke Kuantan adalah lebih kurang 125km
Kredit gambar pada blog ini
10hb Mei 2013, Jumaat
- Menghadiri seminar di UiTM Jengka Pahang, 8.15 pagi hingga 5.30 petang
- Jarak antara Hotel Issoria dengan UiTM lebih kurang 2.7km
- Malam menginap di Hotel Suhaznik
Kredit gambar pada blog ini
Kredit gambar pada blog ini
Hotel Issoria, Lorong Jed 1 , Bilik Keluarga = RM118.00 / semalam ( sila semak dengan pihak Hotel untuk mengetahui harga yang sebenar )
11hb Mei 2013, Sabtu
- Melalui Jalan Bera , Felda Sebertak dan tembus di Melati
- Anggaran jarak dari Bandar Tun Abdul Razak Jengka ke Gugusan Palong ialah 164km ( ikut Bera), 167km jika ikut Serting
12hb Mei 2013, Ahad
- Bertolak dari Gugusan Palong jam 2.30 petang dan sampi di Penang jam 10.00 malam
- Anggaran jarak dari Gugusan Palong ke Penang ialah 520km
Bandar Tun Razak, Jengka ( sumber wikipedia)
Bandar Tun Razak atau dahulunya dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka atau Bandar Jengka merupakan sebuah bandar utama di Pahang, Malaysia. Bandar Pusat Jengka menjadi pusat kepada Segitiga Jengka atau dikenali sebagai Felda Jengka. Segitiga Jengka ialah sebuah gugusan terbesar FELDA di Malaysia, satu daripada projek kerajaan Malaysia ke atas penduduk Malaysia.
Pada 7 Julai 2011 semasa Hari Peneroka 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak menamakan semula Bandar Jengka sebagai Bandar Tun Abdul Razak Jengka, sempena memperingati jasa ayahandanya Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak yang merupakan pengasas FELDA
Sejarah Jengka
Jengka dibuka secara rasmi pada 1967. Dalam tempoh tiga dekad (1967-1997), Jengka ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Setelah LKWJ dibubarkan pada 1997, pentadbiran Jengka telah diserahkan kepada Majlis Daerah Maran (MDM) hingga ke hari ini.
Jengka ditubuhkan melalaui satu projek iaitu Segitiga Jengka oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Nama Segitiga Jengka digunakan dengan mengambil kira lokasi Jengka yang terletak diantara tiga daerah iaitu Temerloh, Maran dan Jerantut.
Terdapat 25 Felda yang menggunakan nama jengka iaitu Felda Jengka 1 hingga 25.
Destinasi-destinasi Menarik
Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25 merupakan kawasan hutan simpan yang memiliki pelbagai gua seperti Gua Jebak Puyuh dan Gua Terang Bulan. Kawasan gunung ini kaya dengan pelbagai khazanah flora dan fauna selain menawarkan pemandangan yang cukup indah.
Pengunjung juga boleh mengunjungi Felda Residence Tekam yang terletak di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR). Destinasi pelancongan ini menawarkan pelbagai kemudahan seperti dusun buah-buahan, tempat penginapan, kolam renang dan padang golf.
Selain itu, Gua Gelanggi yang terletak berhampiran Jengka 8 juga sangat menarik untuk dikunjungi.
Tempat Penginapan
Mercu View Resort, Bandar Jengka.
Felda Residence Tekam.
Homestay Felda Jengka 25.
Homestay Rumpun Makmur.
Hotel Suhaznik.
Rumah Tamu Dona Long
Hotel Issoria