Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (Al-Baqarah 2:3)
Berikut adalah ringkasan dari khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Khatib di Masjid Pakistan Penang pada Jumaat 7 Mac 2011.
1) Manusia telah dijadikan oleh Allah dan Allah telah menentukan matlamat manusia itu sendiri. 2) Manusia diberi keistimewaan iaitu dikurniakan akal dan perasaan
Berikut adalah ringkasan dari khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Khatib di Masjid Pakistan Penang pada Jumaat 4 Mac 2011.
Kehidupan kita hendaklah berlandaskan dengan Al-Quran samaada kita membacanya, mendengarnya, menghafalnya atau merenung maksud ayat-ayat Al-Quran itu sendiri.
Hendaklah kita sentiasa mengucapkan "La Haula Wala Quwwata Illa Billah" dan beristighfar, dengan izin Allah segala urusan kita dimudahkan, sentiasa tenang dan bertambah rezeki kita. Rasulullah s.a.w. bersabda : “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui Jabir r.a.) ..dipetik dari http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/12/12/la-haula-wala-quwwata-illa-billah/
Banyakkanlah bersedekah dengan ikhlas, kerana Allah akan menambahkan lagi rezeki kita dan mendapat keberkatan dari Allah