Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 20 Februari 2018


 Assalamualaikum w.b.t

 
Sekadar berkongsi serba sedikit maklumat tentang Ustaz Nazmi Karim.




Image result for nazmi karim




Biodata Ustaz Nazmi Karim



Nama: Ustaz Muhammad Nazmi bin Abdul Karim

Umur: 44 tahun

Tarikh Lahir: 1974

Asal: Kampung Baru, Kuala Lumpur

Status: Berkahwin (Seorang isteri dan 5 orang anak)

             mendirikan rumah tangga pada tahun 1998 


Pendidikan:

- belajar di Sekolah Kebangsaan SAS Klang Selangor
- 1982 - mula belajar di sekolah Pondok Al-Ansar, Kg Kuantan, Batang Berjuntai, Kuala Selangor
- Kemudian dipindahkan ke Darul Falah, Melaka
- Kemudian dihantar mengaji di Taman Islam, Kemamam Terengganu sehingga tahun 1992
- Menyambung pengajian ke Maahad Al-Furqan, Damsyik Syria lebih kurang 7 tahun
- 2000- sambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir lebih kurang 8 bulan
- Balik ke tanahair dan mengajar di Sekolah Pondok di Terengganu
- Kemudian balik semula ke Mesir menyambung pengajian dalam bidang sains politik di American Open University of Cairo 
- Balik semula ke tanahair dan mengajar di Sekolah Pondok di Terengganu

Aktiviti Semasa:
 - Pendakwah dan penceramah agama
  - Pengerusi/Mudir di Maahad Turath Al Islami di Seksyen 16, Shah Alam
  - NGO Muslim Care

Sumber:

1. , Youtube, Ceramah Ustaz Nazmi Karim: Kisah Perang Mu;tah

























Selasa, 15 Julai 2014

Pengalaman menghadiri temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran DH41/DH29 (Pegawai Pendidikan Tinggi Politeknik/Kolej Komuniti)




Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Berpuasa


Sekadar ingin berkongsi pengalaman den menghadiri temuduga di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) yang telah dihadiri pada hari Isnin, 14hb Julai 2014 bersamaan 16 Ramadan 1435H di Aras 1, Blok B3, Kompleks JPM Putrajaya


Senarai Panel Penemuduga time den hari tu :-

1) Wakil Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
2) Wakil dari Jabatan Pengajian Politeknik

DH41 adalah untuk calon pemegang Ijazah Sarjana Muda

DH29 adalah untuk calon pemegang Diploma

______________________________________________________________________


Persediaan sebelum menghadiri temuduga

1. Pastikan tarikh temuduga, masa dan tempat temuduga ( buat survey sekiranya anda kurang pasti lokasi temuduga..carian google map etc )

2. Sediakan sekeping gambar passport yang terkini
3. Sediakan dokumen dan menyusun dokumen mengikut urutan seperti yang dinyatakan dalam surat panggilan temuduga

Susunan dokumen sijil-sijil Asal diletakkan dalam clear folder:-

Kad pengenalan,
Sijil Lahir/Surat Beranak,
Sijil Pelajaran Malaysia SPM,
Sijil Ijazah Sarjana Muda (Bahasa Melayu sahaja),
Transkrip Ijazah,
Sijil Diploma (Bahasa Melayu sahaja),
Transkrip Diploma,
Sijil Penyertaan/Penghargaan ( Contohnya Sijil Penyertaan Badan Pengakap masa sekolah dulu, Sijil Hadir Seminar/Kursus dan sebagainya)

Sesiapa yang mempunyai Sijil Ijazah selain dari Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris...contohnya anda dapat Degree dari Rusia...di mana Degree anda dicetak dalam Bahasa Rusia...maka ianya hendaklah diterjemahkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)..dahulu dikenali sebagai Institut Terjemahan Negara Malaysia...sertakan sekali terjemahan dalam susunan sijil2


Buat satu salinan semua sijil tersebut dan susun sama seperti susunan Sijil Asal. Pastikan semua helai salinan hendaklah DISAHKAN oleh pegawai-pegawai yang diberi kuasa untuk mengesahkan dokumen.


Sijil PMR tidak diperlukan


4. Isi borang maklumat calon dan tampal sekeping gambar diruang yang disediakan

5. Isi senarai semak dokumen untuk memastikan semua dokumen yang diperlukan disediakan
6.. Melengkapkan diri dengan pengetahuan berkaitan isu-isu semasa, pengetahuan am dan lain-lain yang dirasakan perlu..

Antara perkara yang perlu diambil tahu sedikit sebanyak yang boleh dibuat sebagai rujukan :- ( ni pun den mencari dan merujuk kepada info-info dari blog/forum yang lain)


 - Isu-isu pendidikan yang pernah anda tahu..ini kena amik tahu
- NKRA... apa maksud N, K,R dan A...National Key Result Area ...dalam bahasa Melayu NKRA disebut apa? Bidang Keberhasilan Utama Negara ..nyatakan bidang dalam NKRA...senarai menteri yang ditugaskan untuk setiap NKRA...bila NKRA ini diperkenalkan...tujuan pelaksanaan NKRA....ini kena amik tahu
-Pelan Transformasi Pendidikan  ..ini kena amik tahu
- Nama Yang Dipertuan Agong Malaysia...
- Senarai nama bekas Perdana Menteri Malaysia...
- Nama - nama menteri, Menteri Besar / Ketua Menteri dengan menyebut gelaran yang betul....sbg contoh sahaja..Menteri MOSTI...salah kalau sebut YAB Datuk Ewon Ebin....
yang betulnya YB Datuk Dr. Ewon Ebin...Klik sini
Untuk makluman, YAB (Yang Amat Berhormat) hanya digunakan untuk Perdana Menteri , Timbalan PM, Menteri Besar dan Ketua Menteri sahaja, manakala YB (Yang Berhormat) adalah untuk Menteri/ Timbalan Menteri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) , YB Senator untuk Ahli Dewan Negara
- Nama penuh Menteri Belia dan Sukan sekarang...jawapannya...YB ENCIK KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR...panel temuduga memaklumkan kepada den dan rakan2 ..ramai jugak calon temuduga yang gagal memberikan nama penuh Menteri Belia dan Sukan tu...so panel temuduga menegaskan bahawa sebagai bakal pensyarah..kita sepatutnya tahu dan ambil tahu nama2 Menteri dan sebagainya...
- Nama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia..jawapan Ybhg. Datuk Dr. Khair Bin Mohamad Yusof dilantik pada 8hb Disember 2013...ini kena amik tahu
- Nama Ketua Setiausaha Kementerian  Pendidikan Malaysia I...jawapan Ybhg. Tan Sri Dr. Madinah Binti Mohamad ...KSU II Ybhg. Prof. Datuk Dr. Ir. Zaini Bin Ujang
- Nama Ketua Pengarah Jabatan Politeknik dan Ketua Pengarah Kolej Komuniti
- Visi dan Misi Politeknik
- Visi dan Misi Kolej Komuniti
- Jumlah Politeknik dan Kolej Komuniti yang telah beroperasi
- Kaedah pembelajaran yang akan digunakan oleh anda sebagai Pensyarah dalam usaha untuk memberi kefahaman kepada pelajar memandangkan  Kolej Komuniti lebih memfokuskan kepada aspek kemahiran kepada pelajarnya dalam menyediakan modal insan yang berilmu dan berkemahiran tinggi kepada negara Malaysia...
- Konsep 1Malaysia
- Rukun Negara
- Falsafah Pendidikan Negara
- Bajet 2015...intipati bajet?
- RMK 10 dan RMK 11...
- Tema Hari Kemerdekaan Malaysia 2014?? apa yang anda boleh huraikan...
- Kenapa kita perlu bangga menjadi anak Malaysia...
- GST 6% yang akan dilaksanakan pada 1hb April 2015 (tujuan, kebaikan dll)
- Apakah maksud "berfikir diluar kotak" seperti yang selalu disebut oleh Perdana Menteri setelah balik dari lawatan ke Negara China baru-baru ini??
- Huraikan bidang kokurikulum yang diceburi semasa di Tingkatan 5 dahulu dan apakah pencapaian tertinggi yang telah dicapai? wakil sekolah,wakil negeri dan sebagainya
- Pastikan anda ambil tahu berkaitan kegiatan kokurikulum yang anda ceburi..sebagai contoh jika dulu anda ceburi Persatuan Bulan Sabit Merah...anda perlu tahu perkara-perkara yang berkaitan dengan persatuan tersebut...boleh jadi panel akan bertanyakan kepada anda apa Visi dan Misi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia...boleh jadi Motto PBSM...
- Sekiranya anda ditemuduga dalam bidang pendawaian elektrik..anda perlu tahu maklumat berkaitan bidang anda,.kaitannya dengan pengalaman kerja dan sebagainya...begitulah sebaliknya jika ada memilih bidang sistem komputer, pastri, agroteknologi, bahasa Inggeris, penyenggaraaan bangunan dan sebagainya
- Topik pembangunan modal insan...maksud? kepentingan modal insan...
- Topik E-pembelajaran...kebaikan dan kelemahan E-pembelajaran
- Nama pengetua sekolah anda semasa anda di Tingkatan 5 dahulu ( soalan diluar jangka yang telah disoal )
-Kriteria yang diperlukan untuk menjadi Pensyarah...
- Lain - lain topik yang berkaitan dengan bidang yang anda ambil atau isu-isu semasa berkaitan dengan pendidikan..

Anda boleh rujuk mana-mana blog/forum individu yang mempunyai pengalaman hadir temuduga untuk mendapatkan maklumat yang lebih komprehensif dan terkini selain yang dinyatakan disini...


Hari temuduga


1. Sebaiknya anda tiba di balai pengawal pada jam 7.00 pagi...kemudian beratur secara tertib di balai pengawal untuk mengambil Pas masuk.. sediakan lesen memandu sebagai cagaran..tulis nombor pas, no talipon handset dan tandatangan


2. Pergi ke kawasan tempat kaunter urusetia berada. ..ikut signboard yang disediakan...kalau anda dapat Bilik No.10 ikut arah yang ditetapkan.....duduk dengan tenang dikerusi yang disediakan....pergi ke kaunter Urusetia apabila nama dipanggil....serahkan semua sijil asal (yang dalam clear folder tu) dan salinan sijil yang telah disahkan dan juga Kad Pengenalan untuk disemak oleh urusetia


3. Semak Nama Penuh anda, jenis Ijazah anda, Nama Universiti anda , nilai CPA pada borang yang disediakan dan turunkan tandatangan sekiranya betul...sekiranya ada pindaan..betulkan dengan pen merah..


4. Setelah sijil-sijil disemak...urusetia akan mencukupkan 5 orang calon untuk satu kumpulan untuk ditemuduga dalam bilik temuduga...masa time den hari tu...5 orang calon masuk sekaligus dalam bilik temuduga...time korang den tak pasti...mungkin samo, mungkin kurang or mungkin lebih...


5. Tanya dengan pegawai Urusetia berkenaan latarbelakang panel penemuduga samaada mereka mempunyai gelaran seperti Tan Sri, Datuk Seri, Dr, Datuk, Dato', Tuan Haji dan sebagainya.


6. Bila terdengar loceng ditekan...masuklah anda dan rakan-rakan dengan mengetuk pintu terlebih dahulu, memusing tombol pintu dan memberi salam kepada para panel...duduk hanya bila diarahkan oleh panel...lemparkan senyuman yang manis ..banyakkan baca doa semoga dimudahkan segala urusan...dilancarkan percakapan....dan selamat menjawab dengan soalan-soalan yang dikemukakan...jawab dengan tenang dan jelas ..berusaha sedaya upaya untuk menjawab soalan yang dikemukakan...jgn jadi macam den...den sendiri pun tak paham apo yg den cakapkan...neves punya pasal......ucapkan terima kasih setelah tamat temuduga....SELAMAT BERJAYA diucapkan kepada anda yang bakal menghadiri temuduga di SPP...


7. Tamat temuduga..terus pergi ke balai pengawal dan kembalikan semula pas lawatan dan amik semula lesen memandu anda yang dicagarkan tadi...dan balik ke rumah...    

                                                                                 
TAMMAT



Bahasa yang digunakan semasa temuduga?..Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris??

Masa time den dengan group den hari tu..dari awal sesi temuduga berjalan hinggalah ianya berakhir... soal jawab adalah menggunakan dalam Bahasa Melayu...namun anda boleh bersedia untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris...bergantung kepada panel tu.....kalau panel menyoal dalam Bahasa Inggeris..den berpendapat sebaiknya kita juga menjawab soalannya dalam Bahasa Inggeris juga..mungkin di situ ada markahnya...


Pakaian lelaki yang disyorkan


- Pakaian asas - kemeja + seluar + tali leher + kasut yang sesuai


- Namun digalakkan memakai blazer dengan name tag (name tag bersaiz 1 inci x 3 inci background warna hitam..tulisan warna putih..RM 6.00 )...kerana panel akan menyebut nama anda untuk menjawab soalan yang diberikan....so kalau anda pakai name tag...ini akan memudahkan panel penemuduga melihat name tag dan menyebut nama anda....


Etika pakaian temu duga lelaki dan wanita rujuk sini

_________________________________________________________________________

Paling penting...pastikan anda telah mengambil Kad Pengenalan anda sebelum meninggalkan tempat temuduga..

Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri..


Kos anggaran perbelanjaan sebagai rujukan sahaja...


sesiapa dari Penang...untuk yang pergi naik Bas, balik pulak naik kapal terbang...

1) Gambar passport 4 keping - RM 8.00

2) Fotostat sijil - RM 6.00 (sekeping RM 0.20)
3) Tiket bas Butterworth - Hentian Kajang - RM 38.00
4) Tambang teksi dari Hentian Kajang ke SPP, JPM - RM 30.00
5) Tambang teksi dari SPP, JPM ke KLIA2 - RM 50.00
6) Tambang AirAsia dari KLIA2 ke Bayan Lepas - RM 130.00

Campur makan dan minum adalah dalam RM 300.00


sesiapa dari Penang...pergi balik naik kereta sendiri...

1) Gambar passport 4 keping - RM 8.00
2) Fotostat sijil - RM 6.00 (sekeping RM 0.20)
3) Ongkos minyak kereta pergi balik - RM 160.00
4) Tol pergi balik - RM 96.40 ( Juru - Putrajaya)

Campur makan dan minum adalah dalam RM 300.00



 No.talipon teksi di Putrajaya - 03-8888 4000 
____________________________________________________________________


Bila Keputusan Temuduga boleh diketahui? 

Hubungi E-mail : pro@spp.gov.my


Sekian terima kasih...




                                                Bangunan SPP Putrajaya



Isnin, 13 Mei 2013

Kawasan Rehat dan Rawat/Hentian Sebelah ke Arah Selatan

Jarak Kawasan Rehat dan Rawat/Hentian Sebelah ke ARAH SELATAN dari Seberang Jaya, Pulau Pinang


RR Tapah


Dari Penang ke.....

Alor Pongsu - 44km Tiada stesen minyak


Gunung Semanggol - 59km Petronas.....

Taiping - 76km Tiada stesen minyak

Bukit Gantang - 91km Caltex 


Sungai Perak - 117km, Petronas


Simpang Pulai - 159km Petronas


Gua Tempurung - 171km Tiada stesen minyak


Tapah - 202km BHP dan Shell


Ladang Bikam - 218km Tiada stesen minyak


Behrang - 255km Tiada stesen minyak


Ulu Bernam - 272km Petronas


Rawang - 311km Tiada stesen minyak


Sg Buloh (Hospital) - 329km Tiada stesen minyak


Restoran Jejantas Sg Buloh - 333km Petron


USJ - 357km Caltex


Dengkil -373km Shell dan Petron


Seremban - 409km Shell dan Petronas








Perjalanan ke UiTM Cawangan Pahang, Bandar Tun Abdul Razak Jengka Pahang

9hb Mei 2013, Khamis 


Bandar Tun Razak Jengka

Latitude : 3.764034 North
Longitude : 102.546215 East


UiTM Cawangan Pahang, Bandar Tun Razak Jengka



Latitude : 3.756229 North
Longitude : 102.560710 East




- Bergerak dari Penang pada jam 8.30 pagi dan sampai di Hotel Issoria Bandar Tun Razak Jengka pada jam 3.30 petang

- Grid Perjalanan dari Pulau Pinang ke Bandar Tun Razak Jengka Pahang

  - PLUS - Tol Juru dan keluar di susur keluar Sg Buloh RM 41.70

  -melalui lalu MRR2 dan  terus ke Lebuhraya Karak Gombak RM 5.00
  - sampai Bentong bayar lagi RM 3.00
  - masuk Lebuhraya Pantai Timur- dari Karak dan keluar di susur keluar Chenor 
     RM  7.70
  - Keluar tol dan amik ke kanan dan terus ke Bandar Tun Razak Jengka. Kalau kiri nak pergi ke Temerloh, Kg. Awah, Chenor, Bera, Bahau, Gemas, Triang, Kemayan

Tol Juru ke Tol Sg Buloh = 312km

Tol Sg Buloh ke Tol Gombak melalui MRR2 = 18km
Tol Gombak ke Tol Chenor = 121km
Tol Chenor ke Bandar Tun Razak Jengka = 28km


                                                   Kredit gambar pada blog ini


- Anggaran jarak dari Penang ke Hotel Issoria, Bandar Tun Razak Jengka Pahang adalah lebih kurang 491km


- Anggaran jarak dari susur keluar dari Lebuhraya Pantai Timur ke Bandar Tun Razak Jengka adalah lebih kurang 28km. 


- Anggaran jarak dari Bandar Tun Razak Jengka ke Kuantan adalah lebih kurang 125km





Kredit gambar pada blog ini


10hb Mei 2013, Jumaat 
- Menghadiri seminar di UiTM Jengka Pahang, 8.15 pagi hingga 5.30 petang 

- Jarak antara Hotel Issoria dengan UiTM lebih kurang 2.7km


- Malam menginap di Hotel Suhaznik






                                                       Kredit gambar pada blog ini





Kredit gambar pada blog ini

Hotel Issoria, Lorong Jed 1 , Bilik Keluarga = RM118.00 / semalam ( sila semak dengan pihak Hotel untuk mengetahui harga yang sebenar )




11hb Mei 2013, Sabtu 
- Menghadiri seminar di UiTM Jengka Pahang

- Bergerak ke Gugusan Palong, Jempol

- Melalui Jalan Bera , Felda Sebertak dan tembus di Melati

- Anggaran jarak dari Bandar Tun Abdul Razak Jengka ke Gugusan Palong ialah 164km ( ikut Bera), 167km jika ikut Serting




12hb Mei 2013, Ahad 

- Bertolak dari Gugusan Palong jam 2.30 petang dan sampi di Penang jam 10.00 malam


- Anggaran jarak dari Gugusan Palong ke Penang ialah 520km






Bandar Tun Razak, Jengka ( sumber wikipedia)




Bandar Tun Razak atau dahulunya dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka atau Bandar Jengka merupakan sebuah bandar utama di Pahang, Malaysia. Bandar Pusat Jengka menjadi pusat kepada Segitiga Jengka atau dikenali sebagai Felda Jengka. Segitiga Jengka ialah sebuah gugusan terbesar FELDA di Malaysia, satu daripada projek kerajaan Malaysia ke atas penduduk Malaysia.


Pada 7 Julai 2011 semasa Hari Peneroka 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak menamakan semula Bandar Jengka sebagai Bandar Tun Abdul Razak Jengka, sempena memperingati jasa ayahandanya Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak yang merupakan pengasas FELDA


Sejarah Jengka


Jengka dibuka secara rasmi pada 1967. Dalam tempoh tiga dekad (1967-1997), Jengka ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Setelah LKWJ dibubarkan pada 1997, pentadbiran Jengka telah diserahkan kepada Majlis Daerah Maran (MDM) hingga ke hari ini.


Jengka ditubuhkan melalaui satu projek iaitu Segitiga Jengka oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Nama Segitiga Jengka digunakan dengan mengambil kira lokasi Jengka yang terletak diantara tiga daerah iaitu Temerloh, Maran dan Jerantut.

Terdapat 25 Felda yang menggunakan nama jengka iaitu Felda Jengka 1 hingga 25.


Destinasi-destinasi Menarik

Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25 merupakan kawasan hutan simpan yang memiliki pelbagai gua seperti Gua Jebak Puyuh dan Gua Terang Bulan. Kawasan gunung ini kaya dengan pelbagai khazanah flora dan fauna selain menawarkan pemandangan yang cukup indah.

Pengunjung juga boleh mengunjungi Felda Residence Tekam yang terletak di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR). Destinasi pelancongan ini menawarkan pelbagai kemudahan seperti dusun buah-buahan, tempat penginapan, kolam renang dan padang golf.


Selain itu, Gua Gelanggi yang terletak berhampiran Jengka 8 juga sangat menarik untuk dikunjungi.


Tempat Penginapan

Mercu View Resort, Bandar Jengka.
Felda Residence Tekam.
Homestay Felda Jengka 25.
Homestay Rumpun Makmur.
Hotel Suhaznik.
Rumah Tamu Dona Long
Hotel Issoria