Rabu, 15 Mei 2013

Senarai Barisan Menteri Kabinet 2013

Berikut adalah senarai penuh Menteri/Timbalan Menteri Kabinet 2013 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 15hb Mei 2013, Rabu

16hb Mei 2013 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendahului barisan menteri dan timbalan menteri yang dilantik mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara .










Perdana Menteri: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak



Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Hj. Muhyiddin Yassin



Menteri di Jabatan Perdana Menteri:

Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Ahli Parlimen Jerai, Kedah


Datuk Seri Abdul Wahid Omar 
Pengerusi dan Ketua Pengawai Eksekutif Maybank sehingga 4 Jun 2013 ( telah angkat sumpah sebagai Senator pada 5hb Jun 2013)


Senator Datuk Seri Idris Jala (Senator)


Tan Sri Joseph Kurup 
Ahli Parlimen Pensiangan, Sabah


Datuk Seri Shahidan Kassim
Ahli Parlimen Arau , Perlis


Nancy Shukri
Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak


Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Ahli Parlimen Selangau, Sarawak


Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)
Presiden Transparency International Malaysia


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Ahli Parlimen Muar, Johor


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Senator Waytha Moorthy Ponnusamy 
Pengerusi Hindraf
( telah angkat sumpah sebagai Senator pada 5hb Jun 2013)

Kementerian Kewangan


Menteri I : Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
Ahli Parlimen Pekan, Pahang


Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Ahli Parlimen Tambun, Perak


Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan
Ahli Parlimen Pontian, Johor


Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi


Menteri I: Tan Sri Hj. Muhyiddin Yassin
Ahli Parlimen Pagoh, Johor


Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Ahli Parlimen Besut, Terengganu


Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap Kain Ching
Ahli Parlimen Tawau, Sabah


Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan
Ahli Parlimen Hulu Selangor, Selangor


Kementerian Dalam Negeri


Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Ahli Parlimen Bagan Datuk, Perak


Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli Parlimen Santubong, Sarawak

Kementerian Komunikasi dan Multimedia


Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Ahli Parlimen Kemaman, Terengganu

Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari
Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Terengganu


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Ahli Parlimen Jeli, Kelantan


Timbalan Menteri: Ir. Hamim Samuri
Ahli Parlimen Ledang, Johor


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Ahli Parlimen Cameron Highlands, Pahang

Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit
Ahli Parlimen Mambong, Sarawak

Kementerian Pengangkutan

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Hussein (memangku)
Ahli Parlimen Sembrong, Johor

Timbalan MTenteri: Datuk Aziz Kaprawi
Ahli Parlimen Sri Gading, Johor


Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ahli Parlimen Padang Rengas, Perak


Timbalan Menteri: 


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Ahli Parlimen Bera, Pahang



Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman
Ahli Parlimen Pasir Salak, Perak


Kementerian Pertahanan

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Ahli Parlimen Sembrong, Johor

Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri
Ahli Parlimen Kudat, Sabah


Kementerian Kerja Raya

Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Ahli Parlimen Petra Jaya, Sarawak

Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Ahli Parlimen Papar, Sabah

Kementerian Kesihatan

Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Ahli Parlimen Segamat, Johor

Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
Ahli Parlimen Balik Pulau, Penang


Kementerian Belia dan Sukan


Menteri: YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Ahli Parlimen Rembau, Negeri Sembilan



Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan
Ahli Parlimen Tapah, Perak

Kementerian Sumber Manusia

Richard Riot Jaem
Menteri: Datuk Richard Riot Anak Jaem
Ahli Parlimen Serian, Sarawak



Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib
Ahli Parlimen Maran, Pahang

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Menteri: Datuk Hasan Malek
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Negeri Sembilan



Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah
ADUN Bakar Bata, Parlimen Alor Star


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Ahli Parlimen Batang Lupar, Sarawak

Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun
Ahli Parlimen Beaufort, Sabah



Kementerian Luar Negeri

Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Ahli Parlimen Kimanis, Sabah

Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin
Ahli Parlimen Larut, Perak


Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Ahli Parlimen Kota Belud, Sabah

Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique
Ahli Parlimen Tenggara, Johor


Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Ahli Parlimen Betong Sarawak


Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon
Ahli Parlimen Sungai Besar, Selangor

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna, Sabah

Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi
Ahli Parlimen Kapit, Sarawak

Kementerian Wilayah Persekutuan

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Ahli Parlimen Putrajaya

Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan
Pengerusi PPP Pulau Pinang


Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Menteri: Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili
Ahli Parlimen Kota Marudu, Sabah


Timbalan Menteri: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Ahli Parlimen Padang Terap, Kedah



Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Ahli Parlimen Ranau, Sabah


Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah
Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka



Pertukaran Nama Kementerian

Sebelum ini : 
Kementerian Pelajaran
Kementerian Pengajian Tinggi
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
Kementerian Pelancongan
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

Sekarang :
Kementerian Pendidikan (gabungan KPM dan KPT)
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Kementerian Wilayah Persekutuan
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Kementerian  Komunikasi dan Multimedia


Menteri yang dikekalkan di Kementerian yang sama sebelum ini



Dato’ Sri Hj. Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak - MOF


Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin - KPM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah-MOF


Dato’ Sri Anifah bin Hj Aman- MENTERI LUAR

Senator Dato’ Sri Idris Jala- JPM


Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom JPM

Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie bin Haji Apdal- MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed- MITI


Pertukaran Menteri dalam Kementerian 

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dari KDN ke KEMENTAH

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari KEMENTAH ke KDN

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dari JPM ke Kementerian Pelancongan

Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili dari MOSTI ke KeTTHA


Datuk Seri Douglas Uggah Embas dari Sumber Asli ke Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Datuk Dr S. Subramaniam dari MOHR ke Kementerian Kesihatan

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dari KPDNKK ke MOA

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dari KBS ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia


Bekas Menteri yang tidak dipilih semula


Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar 
Bekas Menteri Kerjaya, Datuk Shaziman Abu Mansor 

Bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok (kalah dalam PRU-13.)

Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha; (kalah dalam PRU-13.)


bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung (kalah dalam PRU-13.)


Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. (kalah dalam PRU-13.)


Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Menteri di Jabatan Perdana Menteri); Datuk Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan); Datuk Seri Peter Chin Fah Kui (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air); Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (Menteri Pelancongan) dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop juga tidak dipilih. Semua mereka tidak bertanding PRU-13.


Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menang di Parlimen Bentong turut tidak disenaraikan berikutan keputusan partinya tidak menerima sebarang jawatan dalam Kabinet berikutan kekalahan teruk dialami MCA dalam PRU-13.

Dalam pada itu, beberapa bekas timbalan menteri turut digugurkan. Mereka Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Timbalan Menteri Pertahanan); Datuk Johari Baharum (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani); Datuk Chuah Tee Yeong (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani); Datuk Dr Wee Ka Siong (Timbalan Menteri Pelajaran). Semua mereka menang PRU-13.

Datuk Dr Awang Adek Hussin (Timbalan Menteri Kewangan), Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan); (A Kohilan Pillay (Timbalan Menteri Luar); Datuk Yeong Khoon Seng (Timbalan Menteri kerja raya), Heng Seai Kie (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat); Datuk Dr Puad Zakarshi (Timbalan Menteri Pelajaran); Datuk S K Devamany (Timbalan Menteri di JPM).

Datuk Liew Wui Keong (Timbalan Menteri di JPM); Datuk Tan Lian Hoe (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan); Datuk Lee Chee Leong (Timbalan Menteri Dalam Negeri); Datuk Maglin Dennis Cruz (Timbalan Menteri Penerangan); Datuk Dr How Kok Cheung (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) dan Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) turut tidak disenarai kerana kalah dalam PRU-13.

Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Datuk Maznah Mazlan turut tidak disenarai. Mashitah tidak bertanding, manakala Maznah bertanding di Dewan Undangan Negeri Pahang dan menang.

Datuk Wira Abu Seman Yusop (Timbalan Menteri Dalam Negeri), Datuk Gan Ping Siew (Timbalan Menteri Belia dan Sukan) tidak bertanding PRU-13.




Senarai Menteri Kabinet 2012 sebelum PRU 13

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan
YAB Dato’ Sri Hj. Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak - kekal di portfolio sama

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran
YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin - kekal di portfolio sama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon - tidak bertanding di PRU 13

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
YB Tan Sri Bernard Giluk Dompok - kalah di PRU 13

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - bertukar portfolio 

Menteri Dalam Negeri
YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein - bertukar portfolio 

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
YB Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim - tidak bertanding di PRU 13

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
YB Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop - tidak bertanding di PRU 13

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
YB Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui - tidak bertanding di PRU 13

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
YB Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie bin Haji Apdal - kekal di portfolio sama

Menteri Pengajian Tinggi
YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin - dilantik sebagai MB Johor

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - kekal di portfolio sama

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili - bertukar portfolio 

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
YB Dato’ Sri Douglas Unggah Embas - bertukar portfolio 

Menteri Pelancongan
YB Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen - tidak bertanding di PRU 13

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
YB Datuk Seri Haji Noh bin Omar - tidak dilantik semula

Menteri Pertahanan
YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi - bertukar portfolio 

Menteri Kerja Raya
YB Dato’ Shaziman bin Abu Mansor - tidak dilantik semula

Menteri Kesihatan
YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai - menang di PRU 13, Parlimen Bentong

Menteri Belia dan Sukan
YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek - bertukar portfolio 

Menteri Sumber Manusia
YB Datuk Dr S. Subramaniam - bertukar portfolio 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - bertukar portfolio 

Menteri Kewangan II
YB Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah - kekal di portfolio sama

Menteri Pengangkutan
YB Dato’ Seri Kong Cho Ha - kalah di PRU 13

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
YB Senator Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil - tidak bertanding di PRU 13

Menteri Luar Negeri
YB Dato’ Sri Anifah bin Hj Aman - kekal di portfolio sama

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
YB Senator Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin - kalah di PRU 13

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom - kekal di portfolio sama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
YB Senator Dato’ Sri Idris Jala - kekal di portfolio sama

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
YB Dato’ Wira Chor Chee Heung - kalah di PRU 13










Tiada ulasan:

Catat Ulasan