Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 18 Julai 2011

Hari Keluarga JSKM 2011



Pandangan Teluk Dalam Resort kira-kira 7300 kaki dari udara








Jabatan Sains, Komputer dan Matematik UiTM Pulau Pinang telah mengadakan hari keluarga pada 16 dan 17 Julai 2011 bertempat di Teluk Dalam Resort (TDR), Pulau Pangkor, Perak.





Semua warga staff jabatan bersama keluarga masing berkumpul di parkir bas UiTM dan bertolak pada jam 8.30 pagi dengan menaiki 3 buah bas. Ada staf jabatan yang memandu dengan kereta sendiri. Kira-kira jam 12.10pm, kami semua telah sampai di jeti Lumut. Lebih kurang jam 2.30pm kami semua telah selamat sampai ke TDR.

Aktiviti pertama dimulakan dengan acara sukaneka yang bermula jam 4.00pm dimana ia melibatkan permainan seperti flying carpet, waterbomb, race with 3 legs dan tarik tali. Semua peserta terdiri daripada lelaki dan wanita serta kanak-kanak. Acara sukaneka penutup ialah perlawanan tarik lelaki di antara lelaki dan perempuan, dimana pusingan pertama pihak wanita telah menumpaskan pihak lelaki dan pada pusingan kedua, pihak lelaki pula telah berjaya mengalahkan pihak wanita.

Kira-kira jam 8.00malam, aktiviti diteruskan dengan majlis ucapan , penyampaian hadiah dan juga makan malam