Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 17 Jun 2011

Khutbah Jumaat 17 Jun 2011

Ringkasan khutbah

Jika hati kita runsing, tidak tenteram, sempit dan terganggu, pandang dan renungkanlah langit yang terbentang luas, dengan izin Allah hati kita yang runsing akan jadi tenang, hati kita yang sempit akan jadi lapang. Langit hanya menjadi penyebab dan Allah jualah yang memberi ketenangan kepada kita.

Ciptaan Allah ada dua iaitu ciptaan secara langsung dan yang kedua ialah ciptaan secara tidak langsung. Yang dimaksudkan ciptaan secara langsung ialah seperti manusia, jin, malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan, pokok, sungai, laut, gunung ganang, bukit bukau, langit, bulan, bintang dan sebagainya.

Ciptaan secara tidak langsung ialah ciptaan yang dibuat oleh umat manusia seperti bangunan, kereta, rumah, mesin dan sebagainya. Manusia dicipta oleh Allah dan dikurniakan akal dan fikiran dan berupaya untuk berfikir dan mencipta bahan2 atau barang2 untuk kegunaan manusia sejagat.

Allah mencipta matahari, planet2, bulan dan bintang tanpa berlanggar sesama sendiri kecuali dihari Kiamat. Semua ciptaan Allah ini beredar pada orbitnya tersendiri seperti yang ditentukan oleh Allah.

Manakala ciptaan manusia seperti kereta, banyak sekali kita dengar mengalami kemalangan dan pelanggaran. Begitu hebatnya ciptaan Allah yang dijadikan secara langsung.

Haiwan sentiasa bertasbih kepada Allah dan kita hendaklah memelihara haiwan seperti kucing, arnab, kambing, lembu, ayam dan sebagainya dengan cara yang baik, kerana haiwan peliharaan itu akan memohon keampunan kepada Allah untuk tuannya apabila meninggal dunia dan janganlah kita menyeksa dan berlaku kejam terhadap haiwan perliharaan

Seburuk-buruk anjing dan babi, haiwan itu tidak akan masuk neraka, sebaik-baik manusia, ada dikalangan kita akan dimasukkan ke dalam neraka kerana menderhaka kepada Allah.