Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 25 Februari 2011

Khutbah Jumaat 25 Februari 2011

Khutbah Jumaat

Berikut adalah ringkasan dari khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Khatib di Masjid Pakistan Penang pada Jumaat 25 Februari 2011.

Nabi Muhammad S.A.W telah berkhutbah dihadapan para sahabatnya dan berkata, Jagala dua perkara ini, dan Allah akan memelihara kamu dari kejahatan keduanya, nescaya kamu akan masuk syurga.

Dua perkara tersebut ialah diantara kedua pipi dan diantara kedua peha. Maksud diantara dua pipi ialah merujuk kepada lidah dan diantara dua peha ialah kemaluan. Dengan lidah, boleh menyebabkan perkara yang paling baik dan juga paling buruk.

Peliharalah lidah kita dengan sentiasa berselawat, membaca Al-Quran, berzikir, menyebut nama Allah, memberi nasihat dan berkata-kata pada situasi yang diizinkan oleh Allah.

Peliharalah kemaluan kita dari melakukan perkara yang boleh menghampiri kepada zina.

Isnin, 21 Februari 2011

Khutbah Jumaat

Berikut adalah ringkasan dari khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Khatib di Masjid Pakistan Penang pada Jumaat 18 Februari 2011.

Tajuknya adalah takkabur,antara jenis takkabur ialah takabur kerana kecantikan, kekuatan , kuasa dan pangkat.

Takabbur Kecantikan
Cara untuk tidak takabur ialah dengan meneliti hati kita bahawa manusia itu dijadikan daripada tanah. Pelbagai kotoran yang ada di dalam tubuh kita dan bagaimana manusia boleh mempunyai sifat takabur kerana kecantikan yang dianugerahi oleh Allah. maka kita hendaklah sentiasa bersyukur kepadaNya kerana kejadian manusia itu sendiri dijadikan oleh Allah.

Takabbur Kekuatan
Kekuatan yang ada akan lemah andai kita diserang penyakit dan menjadikan kita lemah dan tidak dapat melakukan apa-apa kerja. Sesungguhnya, makhluk Allah yang lain seperti gajah atau badak yang kuat sentiasa menyebut nama Allah.

Takabbur Kuasa dan Pangkat
Ambillah pengajaran dan iktibar dari kisah manusia yang bernama Namrud, seorang raja yang zalim ,telah ditumbangkan dengan izin Allah dengan seekor nyamuk yang masuk ke dalam telinganya. Dikatakan Namrud berkeadaan begitu selama 40 hari.Tidak perlu bala tentera yg besar untuk menewaskan namrud, malah hanya memadai dengan tentera Allah iaitu seekor nyamuk.

Begitu juga dengan kisah Firaun yang mempunyai kuasa, kekayaan dan harta berlimpah ruah. Dikisahkan Firaun tidak pernah mendapat sakit. Firaun juga manusia biasa dan kerana takabbur dia telah mengaku sebagai tuhan. Amat mudah bagi Allah untuk menumbangkannya, hanya air laut..air yang tidak boleh berkata-kata..dan dengan izin Allah, maka Firaun dan bala tenteranya telah ditenggelami oleh laut kerana ketakkaburannya semasa mengejar Nabi Musa a.s

Iblis, asalnya mahkluk Allah yang bernama Azazil yang taat beribadah kepada Allah, sehingga malaikat2 meminta kepadanya supaya berdoa kepada Allah agar mendoakan kesejahteraan mereka, tetapi kerana Iblis takabbur kerana dia dijadikan dari api dan tidak mahu sujud kepada Nabi Adam a.s, maka Iblis telah dilaknat oleh Allah sehingga hari kiamat dan akan menjadi penghuni api neraka selamanya. Iblis telah diberi kebenaran untuk menyesatkan anak-anak Adam sehingga hari kiamat.

Dan banyak kisah lain yang boleh dijadikan pengajaran seperti kisah Hamman dan Qarun.

Pengajaran
Manusia adalah salah satu makhluk yang dijadikan oleh Allah dengan tanah yang hina dina dan amat kerdil kita disisi Allah . Maka hendaklah kita merenung asal usul kejadian manusia itu sendiri dan sentiasalah kita bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan kepada kita. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Mengetahui. Segala rezeki yang kita dapatseperti anak, pekerjaan, rumah, harta benda dan sebagainya janganlah sesekali kita tidak bersyukur. Jadikan kisah Nabi Ayub a.s seorang nabi Allah yang sabar sebagai pengajaran yang telah menerima ujian Allah semasa senang dan susah.

Allah SWT berfirman dalam QS. Al-A’raf ayat 40.

“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk syurga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan.” (QS. Al-A’raf: 40).







Isnin, 14 Februari 2011

Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W


Esok, 12 Rabiulawal 1432H bersamaan 15 Februari 2011..adalah tarikh penting kepada umat Islam seluruh dunia. Tarikh itu adalah tarikh kelahiran Penghulu kepada semua Nabi iaitu Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.

Keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.”

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.

Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik”.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.”

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa’diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.

Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya.

hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir


http://sayangku.wordpress.com/2007/03/22/kelahiran-nabi-muhammad-saw/


Ahad, 13 Februari 2011

10 Sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang dijanjikan Syurga

1) Abu Bakar As Siddiq r.a
2) Umar bin Al Khattab  r.a
3) Uthman bin Affan  r.a
4) Ali bin Abi Thalib  r.a
5) Talhah bin Ubaidullah  r.a
6) Zubair bin Al Awwam  r.a
7) Abdul Rahman bin ‘Auf  r.a
8) Saad bin Abi Waqqas  r.a
9) Said bin Zaid  r.a
10) Abu Ubaidah bin Al Jarrah  r.a

Nama sebenar : Abdullah ibni Abi Qahafah
Tarikh wafat : 23 Ogos 634
Saidina Abu Bakar as Siddiq merupakan orang lelaki yang paling dicintai oleh Rasulullah. Rasulullah sendiri pernah bersabda bahawa Abu Bakar adalah manusia yang terbaik selepas para nabi. Iman Abu Bakar jika ditimbangkan dengan iman semua mereka yang beriman yang hidup di muka bumi ini, nescaya imannya lebih berat. Abu bakar juga akan menjadi orang pertama dari umat Nabi Muhammad yang akan memasuki syurga.

Nama sebenar : Umar b Al-Khattab b Nufail b Abdul Uzza b Ribaah b Abdillah b Qarth b Razaah b 'Adi b Kaab
Tarikh wafat : 644M
Saidina Umar Al Khattab adalah manusia yang sangat terkenal dengan kebenaran dan ketegasananya. Beliau sangat berani dan tidak mengenal erti gentar hinggakan musuhnya sendiri berasa gentar apabila mendengar namanya sahaja. Umar adalah antara sahabat yang Rasulullah pernah mendoakan untuk keislamannya. Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasullah pernah bersabda:“sebelum kamu terdapat ahli hikmah dikalangan umat terdahulu. Jika terdapat seseorang dikalangan umatku, ia pastilah Umar“.


Tarikh wafat : 17 July 656
Saidina Uthman bin Affan adalah seorang yang kaya dan sangat lemah lembut. , Uthman mempunyai sifat pemalu dan sopan santun sehingga para malaikat juga mencemburui sifat pemalunya. Rasulullah sangat berhati-hati dengan pakaiannya apabila ingin bertemu dengan beliau kerana jika tidak berbuat seperti itu, Uthman tidak akan bercakap sepatah pun kerana sifat malunya. Beliau merupakan orang pertama yang menyusun Al Quran. Talhah melaporkan bahawa Rasulullah bersabda “setiap Rasulullah mempunyai teman di dalam syurga dan teman rapatku di syurga adalah Uthman bin Affan“.


Tarikh wafat : 661M
Saidina Ali adalah sepupu rasulullah dan suami kepada Fatimah. Rasulullah pernah bersabda “Barangsiapa yang mencerca Ali Radialllahu Anhu, ia mencerca daku“. Rasulullah juga pernah berdoa agar tidak dicabut nyawanya melainkan belaiutelah melihat Ali. Beliau menurut Rasulullah adalah ’Babul Ilm’ (pintu ilmu). Beliau menghafaz alquran dalam hatinya dan mengetahui tepat bila, dimana, dan dalam keadaan apakah setiap ayat Al Quran diturunkan.

Tarikh wafat : 656M
Talhah adalah seorang yang sangat pemurah. Rasulullah pernah bersabda bahawa Talhah dan Zubair akan menjadi jiranku di dalam syurga.

Tarikh wafat : 656M
Zubair bin Al Awwan merupakan sahabat yang terkaya dari semua sahabat. Nabi juga pernah bersabda “setiap nabi mempunyai sahabat yang ikhlas, bagiku adalah Zubair“.

Tarikh wafat : 654M
Abdul Rahman bin Auf adalah sahabat yang kaya dan pemurah. Nabi pernah bersabda kepada isterinya, “barangsiapa yang melayan kamu dengan pemurahnya selepas ketiadaanku adalah yang ikhlas dan baik hati. Ya Allah, berikanlah kepada Abdul Rahman bin Auf minuman Salsabil di dalam Syurga“.

Tarikh wafat : 674M
Saad bin Abi Waqqas adalah orang Arab pertama untuk memanah di jalan Allah. Rasulullah bersabda “Ya Allah! Terimalah doa Saad apabila beliau berdoa kepadaMu“.

Tarikh wafat : 673M
Said bin Zaid adalah sahabat yang berani dan seorang ahli tauhid. Doa beliau adalah antara yang dimakbulkan Allah.

Tarikh wafat : 640M
Abu Ubaidah bin Al Jarrah pada pandangan Rasulullah adalah sahabat yang benar-benar amanah. Rasulullah bersabda “setiap orang mempunyai orang yang setia dan orang yang paling setia bagi ummah ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrah“.~N~

Majlis Perkahwinan di Kg Bawah Gunung, Baling Kedah


Sekadar gambar hiasan


Lokasi rumah pengantin perempuan


Semalam 12 Februari 2011 kami sekeluarga telah menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki kepada jiran kami di kampung di Kg Bawah Gunung Baling Kedah. Perjalanan dari Seberang Jaya ke sana adalah kira - kira sejauh 87km melalui Lebuhraya Butterworth Kulim. Kami sampai di sana kira-kira jam 12.30 tengahari. Cuaca ketika itu boleh dikatakan panas terik sehingga rumah sebelah mengalirkan air di bumbung rumahnya utk menyejukkan suasana dalam rumah.

Siling rumah disekitar kawasan itu boleh dikatakan rendah kira-kira 7 kaki dari aras lantai. Ini akan menyebabkan haba dari cahaya matahari mudah mengalir dan seterusnya menyebabkan suasana dalam rumah menjadi panas. Suhu haba dalam rumah boleh diminimakan sekiranya penduduk menggunakan atap genting.

Majlis bermula pada jam 12pm, di mana ramai jemputan mula membanjiri dan datang ke rumah pengantin perempuan untuk menjamu selera. Kami sebagai wakil pengantin lelaki mula berarak selepas zohor ke rumah pengantin sambil membawa hantaran pengantin perempuan. Acara dimulai dengan makan beradab dan seterusnya duduk dipelamin.Sesi bergambar bermula. Lain tempat lain gayanya.. tidak seperti di kampung kami, pengantin akan diarak sambil ada paluan kompang dan gendang dan persembahan aksi persilatan di hadapan pengantin. Di setengah tempat wakil pengantin lelaki akan melalui "tol" yg dikenakan oleh wakil pengantin perempuan.. sesi berpantun dan sebagainya. Tidak kira bagaimana cara yang diadakan, yang paling penting ialah majlis telah selamat berlangsung dengan baik dan lancar. Alhamdulillah

Sebelum pulang, kami dijamu oleh keluarga pengantin perempuan dgn makan dan minum ringan kira-kira jam 6.15pm. Hidangan kuih muih dan air kopi yg pekat dihidangkan. Dalam jam 7 malam, kami meninggalkan perkarangan rumah pengantin perempuan dan hujan mula turun dgn lebatnya. Sepanjang perjalanan pulang, hujan turun dengan lebatnya. Kami sampai dirumah jam 9 malam kerana sebelum itu kami singgah ke Tesco .

Selasa, 1 Februari 2011

Felda Palong 7 & Felda Palong 8, 73470 Gemas, Negeri Sembilan Darul Khusus


Penunjuk:
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Palong 7
2.Sekolah Kebangsaan Palong 7
3. Masjid Felda Palong 7
4. Masjid Felda Palong 8
5.Sekolah Kebangsaan Palong 8
6.Kawasan tanah perkuburan Palong 8
7.Sekolah Agama Rakyat Felda Palong 7/8

Felda Palong 7 & 8 dari pandangan udara pada ketinggian kira 9,000'/ 2.7km




Felda Palong 7 & 8 dari pandangan udara pada ketinggian kira 835,000'/250km



Felda Palong 7 & 8






Kredit gambar pada blog ini



Secara amnya, Felda Palong 7 & 8 terletak dalam daerah Jempol. Daerah ini bersempadan dengan Negeri Pahang dan juga Johor. Bandar utama daerah Jempol ialah Bahau

Terdapat 6 pekan dalam daerah ini iaitu Bahau, Rompin, Batu Kikir, Bandar Seri Jempol, Mahsan dan Air Itam

Pengurusan Felda


Pengurus Felda Palong 7 - 
Encik Mohd Ruslan Bin Suli

Pengurus Felda Palong 8 - 
Encik Ishak Bin A Ghani


Alamat Pos

Contoh sahaja :
No. 1, Blok A, Felda Palong 7, 73470 Gemas, Negeri Sembilan Darul Khusus

No. 1, Blok 1, Felda Palong 8, 73470 Gemas, Negeri Sembilan Darul Khusus


Kedudukan Geografi

-GMT +8 (Kuala Lumpur)
-terletak pada latitud 2 49 31.58N dan longitud 102 40 16.05E
-keluasan kira-kira 3.8km2 (anggaran)

- Anggaran jarak dengan tempat berikut

110km dari Bandar Seremban
170km dari Bandaraya Kuala Lumpur
 272km dari Bandaraya Johor Bahru
 512km dari Georgetown Penang
 165km dari Kuantan Pahang
 507km dari Kota Bharu Kelantan
 360km dari Kuala Terengganu, Terengganu
115km dari Bandar Muar
 105km dari Bandar Melaka, Melaka
 591km dari Alor Setar, Kedah
 633km dari Kangar Perlis
362km dari Ipoh Perak
 313km dari Singapura
52km dari pekan Bahau, 
45km dari pekan Gemas 
36km dari Bandar Baru Serting
 92km dari Bandar Segamat (ikut arah Muadzam Shah dan keluar di simpang Kampung Rasau, Segamat)
 70km dari Pekan Kuala Pilah
 84km dari Taman Rekreasi Ulu Bendul
- 47km dari Felda Lui Barat
 35km dari Pusat Latihan Polis (PULAPAH)
 35km dari Pekan Rompin
 36km dari Felda Jelai
 36km dari Kampung Londah, Gemas
 52km dari Felda Bukit Rokan Utara
 49km dari Felda Bukit Rokan Selatan
 28km dari Felda Pasir Besar
 52km dari Pekan Batu Kikir
 22km dari Felda Palong 1
 18km dari Felda Palong 2 dan 3
 10km dari Felda Palong 4,5 dan 6
 12km dari Felda Palong 9,10,11
 15km dari Felda Palong 12 dan 13
 22km (jalan jauh), 13km (jalan dekat) dari Felda Palong 14,15 dan 16

-Sungai terhampir ialah Sungai Muar di arah timur.

-Stesen minyak terhampir- 
BHP di Felda Pasir Besar (28km), Petronas di Felda Palong 16 (13km), Petronas di Felda Palong 4 (13km) dan Shell di Felda Palong 1 (22km)

-Boleh dimasuki dari arah Bandar Baru Serting dan Rompin Pahang di utara dan dari Felda Pasir Besar/Gemas dari selatan

Sekiranya anda dari arah Kuala Lumpur/Ipoh/Utara, dari Lebuh raya PLUS anda mengambil susur keluar Senawang dan anda akan melewati Senawang, Bukit Putus, Kuala Pilah, Batu Kikir, Bahau, Rompin, Bandar Seri Jempol, Ladang Geddes untuk ke Felda Palong 7 & 8

Manakala sekiranya anda dari arah Selatan seperti dari Johor Bahru, dari Lebuh raya PLUS anda mengambil susur keluar Simpang Empat, Melaka dan anda akan melewati pekan Tampin, Gemencheh, Felda Jelai, Felda Pasir Besar, Felda Palong 1,2,3,4,5,6 untuk ke Felda Palong 7 & 8. Susur keluar Simpang Empat ini adalah selepas anda melepasi A Famosa Resort yang berada di kanan anda.

Bagi yang datang dari arah Kuantan akan melewati Bandar Muadzam Shah dan Bandar Tun Razak Keratong.

Parlimen dan DUN





Ahli Parlimen Jempol : 
YB. Tan Sri Dato' Seri Utama Hj. Mohd Isa Bin Dato' Hj. Abdul Samad 






ADUN Palong      :  
YB Dato' Hj Lilah Bin Hj Yasin


Penduduk


-Jumlah peneroka Felda Palong 7 dan 8 dianggarkan sekitar 1218* peneroka. Rujuk sini

-Majoriti adalah kaum melayu beragama Islam dan terdapat juga kaum india dan cina yang datang dari pelbagai negeri.

* Semak dengan pihak berkaitan untuk mengetahui jumlah yang SEBENAR




Sekolah Menengah Palong 7


Sekolah Kebangsaan Palong 8

Kemudahan dan prasarana

-Pejabat pengurusan Felda

-Rumah kakitangan felda
-Sekolah Menengah Palong 7 
-Sekolah Kebangsaan Palong 7 
-Sekolah Kebangsaan Palong 8
-Sekolah Agama Palong 8
-Rumah Guru
-Pos Mini
-Tadika 
-Balai Raya 
- Kedai-kedai runcit
- Perkhidmatan bas ke Bahau
-Gelanggang sukan
-Masjid
-Surau
-Kuil
-Kilang Getah 
-Pusat Mengumpul Getah (PMG)








Kegiatan Ekonomi

- Pokok getah adalah tanaman utama
-Luas penanaman getah kira-kira 12,000 ekar atau 4856 hektar (48.56km2)
- Anggaran jumlah pokok getah ialah 450 pokok/hektar bergantung kepada kepadatan yang diperlukan
- Pokok durian dan buah buahan lain
-Penternakan kambing,biri-biri dan lembu

Arah Kiblat

- 292.54° dari Utara (rujuk : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan )

Lihat Arah kiblat diseluruh dunia http://www.elahmad.com/maps/qibla-english.htm)


Pelancongan

-Tempat mandi manda di Sungai Muar di Kg Jeram Panjang. 
-Jambatan gantung yang telah dibaik pulih

Rumah Asal dan Sekarang

- Hampir 100% rumah peneroka menggunakan kayu sebagai struktur rumah dan disambung menggunakan bolt, nuts dan paku
- Menggunakan bumbung Ardek (asbestos)
- Pada masa ini, kebanyakan peneroka telah mengubahsuai rumah mereka kepada rekabentuk yang berasaskan binaan dinding dari batu bata, bertiangkan konkrit, tiang roman,  berbumbungkan atap genting, berlantaikan jubin dan bersilingkan siling plaster dan cornice.




Rumah asal peneroka felda (Sekadar gambar hiasan sahaja)

Kredit gambar pada blog ini



Rumah peneroka selepas diubahsuai (Sekadar gambar hiasan sahaja)



Peta Jalan Felda Palong 7 dan 8

Gambar di bawah adalah peta (garisan merah) yang menunjukkan jalan-jalan utama di Felda Palong 7 dan 8 pada ketinggian 9,000 kaki dari udara. Jarak keseluruhan adalah kira-kira 26km (anggaran sahaja). Keluasan jalan dianggarkan 91,000 m2








Nota Penting :
 Semua angka yg dinyatakan adalah ANGGARAN sahaja. Pembaca atau sesiapa sahaja hendaklah merujuk kepada pihak-pihak berkaitan untuk mengetahui nilai yang sebenar/maklumat atau angka rasmi yg telah dikeluarkan atau membuat pencarian/kajian sendiri

Penulis tidak akan sesekali bertanggungjawab ke atas sebarang risiko yang timbul kesan akibat dari penggunaan apa-apa maklumat yang diambil dari laman web ini. 


Sekian

SEBERANG JAYA
8 Safar 1439 Hijrah
28 Oktober 2017 Masihi