Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 21 Jun 2009

Hari Keluarga UiTMPP 2009


Pada 20 Jun 2009 bersamaan hari Sabtu, UITM Penang telah mengadakan Hari Keluarga di Kompleks Sukan MPS. Sesi pendaftaran dimulakan, di mana setiap keluarga menerima sebiji payung, kupon makanan sarapan, makan tengahari dan aiskrim. Kemudian majlis dimulakan dengan bacaan doa dan selepas itu nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi UITM. Acara diteruskan dengan ucapan dari pengerusi penganjuran dan seterusnya ucapan dari Pengarah Kampus serta merasmikan Hari Keluarga UITMPP 2009 dengan melepaskan beberapa ekor burung dari sangkar.

Sejurus selepas itu, diumumkan pemenang pertandingan mencipta logo Hari Keluarga yang telah diadakan sebelum itu. Logo ciptaan kami telah diumumkan menang. alhamdulillah.

Selepas itu, acara senamrobik diteruskan dengan di ketuai 3 orang di atas astaka. Pelbagai gerak tari yang telah dipersembahkan seperti tarian ala zapin, silat dan sebagainya. Acara diteruskan dengan permainan sukaneka yang terbahagi kepada 3 kategori, iaitu dewasa, pasangan suami isteri dan kanak-kanak. Antaranya ialah lumba guna kasut gergasi, tiup belon sampai pecah, penuhkan air dalam botol, lumba lari dengan kaki terikat, hias diri dengan surat khabar, membalut orang macam mumia dan sebagainya. Disamping sukaneka dijalankan, pihak penganjur mengumumkan hadiah cabutan bertuah.

Kali ini UITMPP telah menjemput pelakon komedi terkenal iaitu Mamu Maidin sebagai pengacara jemputan untuk memeriahkan lagi Hari Keluarga kali ini. Acara terakhir sukaneka ialah kerusi beracun golongan dewasa dan acara selesai kira-kira jam 3.00 ptg.